KEMERIAHAN sebuah majlis perkahwinan bertukar kecoh apabila peniaga meja pencuci mulut (dessert table) dimarahi tuan rumah. Menurut cerita pemilik bisnes itu di Facebook, kekecohan berlaku apabila pihaknya keliru dengan arahan berbeza daripada dua individu yang mengaku sebagai tuan rumah. Jelasnya, sebelum majlis bermula dia beberapa kali diberitahu melalui panggilan telefon agar tidak menyusun sajian pencuci mulut terlalu awal kerana bimbang tetamu akan menyerbu meja itu terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan utama. "Rancangan saya, susun dulu awal-awal. Kemudian dalam pukul 8.30 malam letak dessert mengikut beberapa sesi. Tidak mudah mengawal tetamu di sesebuah majlis perkahwinan. -Gambar hiasan "Sebab kalau letak awal, akan bercampur dengan pinggan, sudu dan penyepit. Memang tetamu akan serbu jika ada seorang dua dah mula ambil pencuci mulut," katanya. Menurut pengusaha kek dan manisan itu lagi, situasi menjadi lebih rumit dan sukar dikawal apabila meja dessert diletakkan sebaris dengan meja lauk pauk hidangan utama. Ketika tetamu mula beratur panjang untuk mengambil makanan berat, laluan ke meja pencuci mulut secara tidak langsung terhalang. ARTIKEL BERKAITAN: Jemputan 700 orang, katerer hantar 50 pax je! Pengantin tak akan lupa ‘tragedi kenduri tanpa makanan’, minuman pun tak ada ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah saja tak cukup, wanita terlepas ‘goodies’ kenduri gara-gara tidak hulur duit ‘salam kaut’ - “Mak dia intai dalam tangan aku” "Tapi waktu tu dah pukul 9 malam. Kami cepat-cepat susun semua dessert. Tetamu pun beratur dekat meja manisan. "Barisan jadi makin panjang dan ada seorang pakcik banyak kali nak ambil pencuci mulut tapi kami beritahu elok-elok supaya tunggu sekejap. "Tiba-tiba ada seorang lelaki datang tengking kami dan marah-marah kenapa biar tetamu tunggu lama dan beratur panjang. Katanya ada seorang tetamu mengadu kami tak bagi ambil," ujarnya. Pada mulanya, wanita itu berkata, dia cuba membela diri dengan menceritakan bahawa dia hanya mengikut arahan yang diterima daripada tuan rumah sewaktu menerima tempahan. Kami yang jadi mangsa, stres betul. PENGUSAHA PENCUCI MULUT "Saya la tuan rumah, sekarang awak tak payah susun-susun. Letak saja bagi tetamu makan! Kami jawab elok-elok baik tapi bagi kami buat kerja kami dulu. "Dia jawab lagi just letak saja la! Orang dah ramai tunggu la," ujarnya menceritakan kembali bagaimana dia ditengking lelaki tersebut. Terkejut dengan arahan baharu itu, dia terus akur dan menyusun pencuci mulut dengan segera seperti mana diminta. Akibatnya, semua makanan pencuci mulut habis licin dalam masa 10 minit, dengan ada tetamu mengambilnya sehingga penuh pinggan. Pengusaha meja pencuci mulut terkilan dimarahi tuan rumah. -Gambar hiasan Tidak lama selepas itu, seorang lagi tuan rumah yang merupakan individu membuat tempahan datang memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. "Masalah betul bila ada dua tuan rumah yang tak sama plan (sehaluan). Kami yang jadi mangsa, stres betul!" ujarnya lagi. Perkongsian asal mengenai kejadian ini bagaimanapun sudah dipadam di Facebook. Namun, hantaran tersebut dikongsikan semula di platform media sosial lain selepas ia menjadi tular. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube