SEMAKIN ramai isteri yang berani memfailkan perceraian di mahkamah, malah ada segelintirnya membuat keputusan itu tanpa berbincang dengan suami terlebih dahulu. Tindakan nekad itu kerana mahu segera meletakkan noktah dalam perkahwinan yang mungkin dianggap tidak boleh atau tidak perlu lagi diselamatkan. Begitu juga dengan seorang wanita yang membuat keputusan memfailkan penceraian mengikut Sekysen 47 iaitu perceraian yang paling harmoni tanpa membuka aib mana-mana pihak. Tanpa mendedahkan identiti diri, dia yang mempunyai seorang anak itu memaklumkan punca dia ingin bercerai kerana tidak lagi sanggup melayan nafsu suami. Setiap isteri mahukan layanan terbaik daripada suami. -Gambar hiasan "Saya betul-betul tawar hati, suami saya ni kuat nafsu yang sampai tidak memikirkan keadaan isteri, tak faham erti penat isteri. Kadang saya terpaksa melayan nafsunya sebab tak nak bergaduh. Saya penat, emosi terganggu kalau tolak jadi pergaduhan besar. "Hari ini saya buat keputusan failkan cerai selepas berbincang dengan suami. Saya tak suka diperlakukan seperti itu, hari-hari saya penat. Suami merayu, minta maaf dan berjanji macam-macam," katanya yang sudah berkahwin hampir tujuh tahun. Wanita itu memaklumkan suaminya juga tidak bekerja dan dialah yang menanggung sepenuhnya segala keperluan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Isteri penting ibadat, seks bukan keutamaan! Suami disuruh tahan nafsu, dah lupa bila kali terakhir ‘bersama’ "Saya dah bertahan dan menerima suami dengan segala kekurangan dari segi ekonomi. Suami tak kerja dan semua komitmen saya yang tanggung. Saya minta dia memahami saya dari segi erti penat tapi dia selalu meremehkan. "Dari lampin anak hingga anak dah bersekolah sekarang saya masih fikirkannya. Saya boleh terima dari segi ekonomi suami walaupun dia tak kerja. Tapi dengan kerenah dia yang seperti itu membuatkan hati saya betul-betul hilang rasa," luahnya. Tambahnya, keputusan untuk bercerai itu diketahui oleh keluarga mereka namun dia tidak menceritakan puncanya kerana malu. Suami saya bukan setakat kuat nafsu, solat pun entah kerana terganggu dengan nafsu. ISTERI "Saya hanya diam saya jawab tidak sefahaman lagi kerana malu nak ceritakan perkara yang membuatkan saya tawar hati dan keluarga masih memujuk saya dengan meminta memberi peluang serta memaafkan suami. "Kalau orang cakap dah halal memang patut layan kehendak suami, tapi suami nak hari-hari. Saya hanya tak bersama ketika datang bulan. Saya isteri yang kejam ke? Failkan cerai kerana rasa diperlakukan tak selayaknya?" soalnya. Perkongsian di kumpulan komuniti itu mendapat perhatian netizen dengan ada yang bertanya sama ada dia akan bercerai atau tidak jika suami bekerja dan bergaji besar tetapi masih kuat nafsu. Jawab wanita itu, dia nekad bercerai bukan kerana faktor ekonomi tetapi kerana nafsu suaminya yang terlalu kuat. Pergaduhan suami isteri bermula apabila tiada persefahaman. -Gambar hiasan "Kalau kerana ekonomi saya nak bercerai dah lama saya tinggalkan. Ini kerana batin saya penat, saya jadi tertekan kadang saya bersama dalam keadaan menangis kerana tak rela. "Suami saya bukan setakat kuat nafsu, solat pun entah kerana terganggu dengan nafsu yang hari-hari mahu bersama sehingga berat untuk solat," katanya. Terdapat juga netizen berpandangan adalah lebih baik suaminya tidak mencari perempuan lain di luar. Wanita itu berkata, sebagai isteri salahkah dan tidak layakkah untuk mereka menyuarakan rasa penat melayan nafsu suami yang sentiasa membara. "Nafsu suami saya bukan sekadar hari-hari. Ada sampai sehari dua, tiga kali dia nak saya layan dia. Saya tertekan dari segi emosi dan mental. Saya hanya berkesempatan rehat dari hubungan intim bila datang bulan. "Adakah semua ni normal? Suami saya tak berkerja saya penat mencari rezeki untuk anak dan perut dia, kemudian melayani nafsu dia. Hingga perasaan saya terdetik saya ni hamba ke? Hamba seks? Dah tolong dari segi ekonomi memahami isteri pun tak boleh?" luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube