RAMAI yang meletakkan sasaran umur dalam usaha memiliki aset bagi mengukur tahap pencapaian dalam kehidupan. Tidak hairanlah ada yang berasa bangga apabila berjaya memiliki kereta pada usia muda, meskipun dibebani pinjaman kewangan yang harus dilangsaikan setiap bulan. Tidak kurang juga yang berusaha mencapai impian dengan melakukan dua atau tiga kerja sehari. Kebanyakan pembeli kereta akan membuat pinjaman kewangan daripada institusi perbankan. Bagi yang tidak berjaya mencapai sesuatu yang diimpikan, mereka cenderung berasa tertekan terutama apabila melihat rakan-rakan lain mampu memilikinya. Begitulah yang dirasai lelaki ini kerana masih tidak berpeluang memiliki kereta meskipun usia sudah melebihi 30 tahun. Meluahkan kesedihan yang terbuku, dia turut mendedahkan bahawa pendapatan bulanannya juga masih di paras miskin tegar. ARTIKEL BERKAITAN: Tolak lamaran abang askar, wanita rela jadi kekasih 'kejam'! Enggan perjudi masa depan lepas tengok slip gaji negatif ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun kerja gaji tak naik-naik, tiada OT! Kerani baru nampak redflag syarikat, tapi masih teragak-agak nak ‘cabut’ “Stres dengan hidup ni, di usia lebih 30 tahun masih tak mampu nak ada kereta. “Gaji pun masih di taraf miskin tegar dan bulan-bulan hanya cukup makan,” luahnya di media sosial. Lebih memilukan apabila dia juga tidak mempunyai simpanan masa depan atau untuk kegunaan ketika kecemasan. Setiap hari belum terlambat dan jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Kuatkan semangat, usaha. Kalau jatuh sekali, kena bangkit berkali-kali. WARGA MAYA Malah katanya, dengan situasi semasa yang dilalui, adakalanya gaji yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup. “Nak simpan pun tak boleh dan kadang-kadang 'negatif',” tambahnya. Luahannya itu mengundang simpati warga maya sehingga ada yang tampil memberi nasihat serta pandangan bagi membolehkan dia menambah pendapatan bulanan. Warga maya memberikan kata-kata semangat kepadanya. Tidak kurang juga yang mendoakannya supaya dimurahkan rezeki dan diberi kesenangan. “Akak doakan Allah bukakan jalan rezeki yang tak disangka-sangka untuk awak... macam ramai yang nasihat kat komen ni, awak boleh buat kerja sambilan. “Jangan tengok orang, kalau dia ada kereta, Alhamdulilah tu rezeki dia. Kalau kita belum ada tak apa, kita usahakan dulu untuk kukuhkan dan stabilkan kewangan, mula buat simpanan. “Setiap hari belum terlambat dan jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Kuatkan semangat, usaha. Kalau jatuh sekali, kena bangkit berkali-kali. Abaikan kata kata atau jauhkan diri dengan orang yang negatif. “Cuba usaha dan potong mana yang boleh... tampal dekat cermin apa yang awak nak capai tahun tu,” demikian antara nasihat dan kata positif warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube