SIFAT manusia mudah terpengaruh dengan janji manis atau tawaran yang menguntungkan tanpa berfikir panjang tentang kesan yang mungkin berlaku. Seorang pemuda tampil menceritakan kisahnya, mendakwa dia ditipu oleh rakan sendiri dalam perniagaan jualan crepe. Menerusi hantaran yang dibuat di grup Facebook Tanya Peguam, dia berkata rakan perempuannya itu mengajaknya berkongsi bisnes menjual crepe dengan modal sebanyak RM14,000. Modal RM7,000 diberikan kepada rakan wanita yang ingin membuka perniagaan crepe. -Gambar hiasan Namun kini setelah lima bulan berlalu, tiada sebarang hasil diterima seperti mana dijanjikan sebelum modal berniaga diberikan. "Kawan perempuan saya ada nak buat bisnes jual crepe, dia kata perlukan modal RM14,000. Dia ajak saya dan janjikan hasil jualan bahagi dua dan saya bersetuju. "Jadi saya transfer RM7,000 dekat dia. Tapi dah lima bulan langsung tak ada hasil. Dia pernah kata nak bayar 31 Oktober lepas, tapi dia asyik bagi alasan baru, kata stok belum habis," katanya. Dia turut mendakwa rakannya itu juga sentiasa berdolak dalih dengan memberikan alasan setiap kali ditanya mengenai keuntungan jualan. ARTIKEL BERKAITAN: Satu pun tak laku! Peniaga ini reda rugi RM100, jualan but kereta tiada hasil... 10 pek garlic bread, mushroom soup diagih percuma ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan sedih fikir nasib 11 staf, tak terlafaz keputusan buang kerja walau bisnes merudum... Usaha jual rumah, kereta tetap gagal! Belum sempat 'menikmati' hasil jualan crepe yang dijanjikan, terbaharu rakannya memberitahu bahawa dia kini menjual keropok yang lebih tahan lama sebelum tarikh luput. Situasi ini ternyata mengelirukan dirinya kerana dalam perbincangan awal, hanya crepe sahaja yang dijual. "Setiap kali tanya, ada saja alasan baru. Yang terbaru dia kata jual keropok pula, lambat expired (tamat tempoh), sedangkan dalam perbincangan masa mula-mula dia jual crepe saja. Kalau melabur celah mana nak tuntut balik? Kira untung rugi sama-sama la. NETIZEN "Saya rasa macam tak logik dah sedangkan creepe ni tak tahan lama pun. Semua resit transaksi, mesej saya simpan. "Saya rasa dah kena tipu, boleh ke buat laporan polis menyatakan saya dah ditipu kalau dalam situasi macam ni? Saya tak ada pengalaman perniagaan," ujarnya lagi. Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang turut bersimpati dengan masalah menimpa lelaki ini. Rata-rata memberikan nasihat supaya dia lebih berhati-hati dan tidak meletakkan kepercayaan penuh kepada sesiapa. Komen netizen di Facebook. "Banyak keluar modal macam tu rugi. Kalau cadangan saya, sama-sama buka kedai jual crepe. Lepas kira bersih untung rugi dan modal baru dapat tahu berapa hasil. Yang tu baru dibahagi. Ada yang kerja lebih kira la gaji bagi dia sikit. "Deal (persetujuan) bagi pinjam ke melabur? Kalau melabur celah mana nak tuntut balik? Kira untung rugi sama-sama la. Sebelum bagi duit, ulang kaji la dulu. Bisnes crepe mana ada sampai beribu. Kalau report pun kawan tu kata rugi, jadi tak boleh buat apa," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube