PERKAHWINAN merupakan penyatuan dua jiwa, yang mana setiap pasangan saling melengkapi antara satu sama lain. Malah, suami isteri juga perlu belajar bertoleransi dan menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing. Di laman X, seorang wanita meraih perhatian ramai netizen selepas dia memuat naik luahan bertajuk 'hubby pengotor' pada Isnin. Bilik tidur merupakan antara ruang paling penting dalam sesebuah kediaman. -Gambar hiasan Dalam perkongsiannya, wanita itu berkata dia terpaksa tidur berasingan kerana sudah tidak tahan dengan sifat pengotor suaminya. "Aku penat sangat hidup dengan laki aku. Dia jenis pemalas, bilik dia bersepah dengan pakaian tak berlipat. Bilik aku pula kemas. "Kami memang tidur asing sebab aku tak tahan dengan bunyi dengkur dan bau air liur basi kat bantal dia. Dia hari-hari tidur memang keluar air liur basi. Aku bau bilik busuk gila. Rupanya bantal dia melekat air liur basi. Terus aku campak bantal. ISTERI "Jadi aku selalu tendang dia setiap kali dia berdengkur. Aku stres, sejak itu dia sendiri yang rela tidur bilik lain," tulis pengadu. Sikap pengotor lelaki itu turut memberi kesan terhadap rutin seks mereka apabila pengadu mengakui 'tidak berselera' terhadap suaminya. Menurut pengadu, dia juga pernah memberi peluang, namun kecewa apabila suaminya langsung tidak pernah berubah. ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah semua kacak-kacak, tapi pengotor! Paling geli tengok jamban duduk berkerak warna hitam ARTIKEL BERKAITAN: Gadis IPT bertahan dapat roommate pengotor! Dah tegur tapi dengan jujur jawab ‘memang tak suka mengemas’ "Aku geli nak peluk dia. Nak berhubungan pun jadi geli. Suatu hari aku ajak dia tidur sekali sebab rindu, tapi dia berdengkur lagi. "Aku cuba terima kekurangan dia tapi dia selalu menguji iman aku. Aku bau bilik busuk gila. Rupanya bantal dia melekat air liur basi. Terus aku campak bantal," ujar pengadu lagi. Di sebalik masalah itu, pengadu berkata suaminya merupakan lelaki yang elok paras rupa dan seorang yang sangat baik. "Suami aku sangat baik. Kacak, putih, tinggi, tak curang, tak ada rahsia dengan aku. Cuma tu la, aku tak boleh terima dengan pengotor dia tu. Segelintir lelaki menganggap tugas membersihkan rumah sepatutnya dilaksanakan oleh isteri. -Gambar hiasan "Dia ni baik sangat, nafkah tak culas, aku selalu minta dia makanan mahal, minta belikan kasut mahal. Dia layan je cuma dia pengotor," cerita wanita itu lagi. Perkongsian wanita itu turut menerima pelbagai komen termasuklah yang mempersoalkan tindakannya tidur berasingan dengan suami. "Rakam dengkuran suami. Daftarkan suami di klinik, buat check-up 'sleeping apnea'. "Aku rasa hang yang bermasalah. Berkait masalah hati. Suami punya baik, siap sanggup tidur asing-asing sebab nak layan cerewet hang. "Awak terlalu inginkan kesempurnaan. Bila ada sifat macam ni, kau sendiri sengsara sebab tak semua boleh ikut cara kau," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube