suria

“Maaf tau, saya orang Kelantan” - Peguam luah rasa rendah diri, pernah ditolak sebab asal usul

Seorang wanita terpaksa meminta maaf kerana berasal dari Kelantan. -Gambar hiasan

STEREOTAIP dan stigma terhadap negeri asal seseorang itu ternyata masih wujud hingga kini.

Keadaan ini menyebabkan seorang wanita sering merasakan dia perlu ‘memohon maaf’ hanya kerana dirinya berasal dari Kelantan.

Menurut perkongsiannya di media sosial, persepsi ini juga membuatkan dia secara automatik menjadi rendah diri apabila berdepan dengan orang ramai.

Tanggapan buruk terhadap warga Kelantan masih wujud pada masa kini. -Gambar hiasan

"Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa saya perlu minta maaf sebab jadi orang Kelantan, ya?

"Biasanya bila perkenalkan diri, saya akan cakap oh sorry tau, tapi saya dari Kelantan," tulisnya meluahkan perasaan.

Meskipun luahan tersebut dibuat secara berseloroh, katanya, perasaan rendah diri itu memang wujud kerana beranggapan ramai menyimpan tanggapan negatif terhadap anak jati Kelantan.

Namun kini, dia tidak lagi mengambil hati dengan tanggapan tersebut dan semakin memahami bahawa setiap orang mungkin mempunyai pengalaman serta sebab tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Asal Kelantan, patutlah pengotor” - Baru 8 hari masuk universiti, pelajar dah kena hentam... masak mi segera dalam baldi, 7 rakan sebilik join sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sempat masuk bilik temu duga, calon kena ‘reject’ sebab asal Kelantan... Bakal bos terjerit-jerit marah ejen cari kerja!

"Secara automatik jadi rendah diri sebab saya faham ramai yang tak berapa suka kami. Mungkin sebab itu," katanya.

Bukan itu sahaja, dalam urusan taaruf (proses mengenali pasangan untuk tujuan perkahwinan), wanita ini juga mengambil langkah berjaga-jaga kerana pengalaman ditolak sebelum ini.

Kongsinya lagi, disebabkan pernah ditolak, dia akan memastikan calon suami selesa dengan latar belakangnya sebelum meneruskan proses berkenalan.

Kenapa awak nak rasa rendah diri. Saya bangga je jadi orang Kelantan.

NETIZEN

"Kalau ada kawan nak kenalkan calon untuk taaruf, saya akan tanya dulu dua soalan. Pertama, adakah dia okay dengan Kelantan.

"Kedua, adakah dia okay dengan kerjaya saya sebagai peguam. Pernah kena tolak sebab kita lawyer. Kalau kedua-dua soalan ‘lepas’, barulah saya akan teruskan," katanya.

Perkongsian ini membuka mata ramai bahawa stigma terhadap asal usul dan kerjaya masih menjadi isu yang mempengaruhi keyakinan diri seseorang.

Komen netizen di Threads.

Warganet di ruangan komen turut memberikan sokongan moral, menggalakkan wanita ini agar terus berbangga dengan asal usul dan kerjayanya.

"Saya mudah je kak, kalau orang tak suka, peduli la. Kito tidok mitok pitih demo (kita tak minta duit mereka).

"Kenapa nak minta maaf ya? Tak faham la. Kenapa awak nak rasa rendah diri. Saya bangga je jadi orang Kelantan. Orang Kelantan ramai yang hebat-hebat cuma mereka memilih untuk merendah diri," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain