suria

Terlanjur dengan ‘ex-GF’ dari seberang, lelaki tebus dosa beri ‘nafkah’ bulanan! Bini sendiri diabai, dibiar tak cukup wang

Akibat terlanjur, suami memberi 'nafkah' kepada bekas kekasih. -Gambar hiasan

SETIAP manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan bagi sesetengah individu, dosa lama tetap bermain di fikiran walaupun sudah memohon keampunan daripada Allah.

Bagi golongan tersebut, mereka sering dihantui rasa bersalah dengan dosa lampau hingga tidak dapat memaafkan diri sendiri.

Seorang lelaki yang pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya masih tidak dapat melupakan kisah hitamnya sehingga memberi kesan terhadap emosi isterinya.

Suami perlu bertanggungjawab memberi nafkah kepada keluarga. - Gambar hiasan

Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan keluarga. -Gambar hiasan

"Suami transfer (pindahkan) duit RM150 kepada ex-GF (bekas teman wanita) dia. Katanya tu 'nafkah' untuk ex-GF sebab dulu mereka bercinta pernah terlanjur dan ada anak bersama. Suami kata dia serba salah dan anak tu gugur.

"Sebab tu dia bank in duit tiap-tiap bulan. Ex-GF orang Indonesia, statusnya sudah jadi isteri orang waktu dia beri 'nafkah' ni. Benda ni dah berlarutan tiga hingga empat tahun rupanya tanpa pengetahuan saya," kongsinya di media sosial.

Apa yang membuatkan wanita itu lebih kecewa adalah, suaminya bukanlah orang senang malah setiap bulan dia pula yang terpaksa memikul tanggungjawab lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak henti meratap sejak Hari Arafah! Rindu bayi lepas gugur kandungan, seksa simpan rahsia hamil sebab terlanjur

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedia semua nafkah asas, ‘top up’ lagi RM20 sehari... Malangnya isteri tak puas hati, duit beli ‘skin care’ tiada dalam senarai!

"Suami sendiri tak cukup duit tapi bagi duit pada orang lain. Saya yang isteri pun dia tak bagi duit 'jajan' (belanja), nak beli lampin dan susu anak tak cukup duit.

"Bila duit tak cukup, saya yang kena tanggung perbelanjaan dalam rumah sebab duit dia dah pergi pada ex-GF. Bukan duit sahaja, dulu masa ex-GF belum balik seberang, suami kerap belanja ex-GF barang Shopee tanpa pengetahuan saya," dakwanya.

Anak tu pun dah tak wujud dah. Suruh dia bertaubat pada Allah. Bersedekah.

NETIZEN

Menerusi perkongsiannya yang dibuat di kumpulan komuniti Facebook, wanita berkenaan meminta pandangan warga maya apa yang perlu dilakukan seandainya ingin bercerai.

Selain saranan supaya meminta suami menceraikan dirinya, ada juga yang menyuruh wanita itu menyiasat terlebih dahulu sama ada lelaki itu disihir atau sebaliknya.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

"Cuba semak suami, mungkin dah disihirkan. Penceraian ni kalau selagi suami tak ajak buat benda haram, naik kaki tangan, nafkah zahir batin tak pernah culas, cuba cari kaedah lain yang lebih rasional.

"Cadangan saya, cari orang yang lebih arif contoh pegawai pejabat agama. InsyaAllah mereka akan cuba sedaya upaya untuk bagi nasihat dan cadangan," beberapa netizen memberi cadangan.

Selain itu, ramai juga yang mempertikaikan tindakan suaminya memberi 'nafkah' kepada wanita yang berstatus isteri orang apatah lagi bayi yang dikandung sudah lama tiada.

"Tak perlulah nak rasa bersalah sampai transfer duit. Yang wajib rasa bersalah tu pada Allah terutamanya. Taubat sebetul-betul taubat. Fokus terus tanggungjawab pada isteri.

"Bukan masih berhubung dengan pihak perempuan sana tu. Lagipun pihak perempuan tu dah ada suami, suami dia lebih wajib beri nafkah pada perempuan tu. Suami sis tiada kena mengena pun sebab anaknya pun dah gugur.

"Anak tu pun dah tak wujud dah. Suruh dia bertaubat pada Allah. Bersedekah. Tak adanya nafkah dah. Tu gatal lagi namanya," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain