SEBUT sahaja bos wanita pasti ramai staf bawahan membayangkan tekanan dan kesengsaraan yang bakal dirasai. Maklumlah, kaum Hawa sering dikatakan lebih cerewet serta mudah beremosi dalam setiap tindak tanduk sehingga memberi kesan kepada orang sekeliling. Justeru tidak hairanlah apabila hantaran pemilik akaun @ommamasam di media sosial ini menjadi 'trending' selepas berkongsi pengalamannya bekerja di bawah majikan wanita. Menurut individu berkenaan, sebagai jalan penyelesaian dia terpaksa menitipkan doa buat suami kepada majikannya bagi mengelakkan masalah mereka berdua di rumah dibawa ke pejabat. Bos wanita dikatakan lebih cerewet dan garang. -Gambar hiasan "Apabila bos sejenis 'emo' kalau ada masalah rumah tangga, nak tak nak, selepas Subuh pagi tadi aku terpaksa doakan suami dia sayang dia seperti bidadari supaya dia tidak emosi," tulisnya ringkas. Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya dengan rata-rata menganggap ia melucukan. Tambahan pula, wanita ini turut menyatakan bahawa dia masih belum berkahwin tetapi perlu mendoakan suami majikannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak cari duit bantu ibu, wanita cuba bertahan kerja dengan bos toksik - “Sangat penat... terlalu menekan jiwa” ARTIKEL BERKAITAN: Ijazah dah cukup! Wanita pesan jangan belajar tinggi, majikan tak minat... Tiada pengalaman, terlebih layak punca susah dapat kerja "Aku ni suami pun tak ada, tapi kena doa untuk suami orang," ujarnya lagi. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya tampil berkongsi pengalaman hampir sama dengannya kerana memiliki bos wanita. Malah rata-ratanya mengakui golongan Hawa tidak sesuai menjadi pemimpin kerana dilihat sukar mengawal emosi. Kelakar awak ni, semoga dengan doa awak ni, saya doakan tahun depan bonus awak mencanak-canak. WARGA MAYA "Tu belum lagi bekerja dengan bos perempuan berumur 40-an dan belum berkahwin, cerewetnya dia, Allah sahaja yang tahu. "Pernah bekerja dengan bos wanita tiga kali, kesemuanya perangai sama, saya rasa perempuan memang bukan nature pemimpin atau leadership. "Aku pun pernah bekerja bawah bos wanita dan faham situasi tu, sejujurnya aku lebih sukakan bos lelaki. Warga maya turut terhibur dengan hantaran yang dibuatnya itu. "Pernah juga kerja dengan 'ladyboss' yang baran, emosi dia hari-hari buat aku ketakutan nak pergi kerja, hari-hari dalam kereta buka surah penenang tau tapi setahun juga aku bertahan," demikian antara luahan warga maya. Segelintir netizen turut memujinya kerana mampu mendoakan kebaikan untuk majikan meskipun berasa kurang senang dengan situasi yang berlaku di pejabat. "Tak boleh berhenti ketawa pasal geram tapi masih boleh doakan kebaikan untuk orang lain. Allah pun suka orang yang teraniaya tapi mendoakan yang baik-baik kepada orang lain. "Nanti sambung cerita sama ada doa termakbul atau tidak. "Kelakar awak ni, semoga dengan doa awak ni, saya doakan tahun depan bonus awak mencanak-canak. "Lain level betul cerita awak ni, lawak... terhibur saya," tambah segelintir warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube