BAGI wanita yang berbadan dua, berdepan detik kelahiran adalah satu pengalaman yang mendebarkan dan pada masa sama mengujakan. Antara proses yang perlu dilalui ibu hamil adalah fasa bukaan rahim yang menentukan sejauh mana serviks telah bersedia untuk membuka laluan dan membenarkan bayi keluar. Kebiasaannya ketika proses ini, doktor atau jururawat perbidanan yang terlatih akan memasukkan jari ke dalam vagina bagi mengukur bukaan pintu rahim. Prosedur itu bagaimanapun kurang disenangi sesetengah suami sekiranya doktor yang terlibat adalah lelaki. Proses mengukur bukaan pintu rahim membabitkan doktor lelaki antara perkara tidak disenangi para suami. -Gambar hiasan Situasi itu turut dihadapi oleh seorang suami yang kurang senang dengan tindakan seorang doktor lelaki yang didakwa mengintai rakan sejawatnya yang merupakan seorang doktor wanita sedang menyeluk vagina isterinya. "Pelik doktor lelaki ni agama Islam, dok mengintai tengok-tengok doktor perempuan dok seluk tangan nak tengok laluan isteri orang nak bersalin. Ada suami dia kot kat situ. "Dalam perhatian aku tak ada fungsi pun. Hormat la sikit suami dia ni, muka berlagak tengok sambil seluk poket baju hospital dia tu. Kalau sekali tak apa, ni setiap kali doktor perempuan masuk nak periksa laluan, dia pun masuk," kongsinya di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bergelut nak bersalin, suami abai amaran pak guard tetap park di zon larangan... Selesai urusan terkejut tengok keadaan kereta ARTIKEL BERKAITAN: Berang bersalin czer, suami terus tinggalkan isteri... Anggap tubuh dah rosak - “Orang bodoh je nak operation” Lelaki itu mendakwa dia sebelum ini pernah meminta doktor lelaki lain supaya keluar serta tidak melihat proses itu dan permintaannya dihormati. "Minta la doktor lelaki keluar kalau dah ada doktor perempuan yang boleh urus. Aku pernah je minta doktor lelaki keluar, dah ada doktor perempuan kenapa perlu lelaki nak sibuk. "Elok je dia boleh keluar. Jadi mereka memang tak ada apa pun nak buat dalam bilik pesakit perempuan," katanya. Tidak dibenarkan di sisi hukum syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. PEJABAT MUFTI W.PERSEKUTUAN Perkongsian itu mendapat perhatian seorang lelaki yang turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan peranan doktor lelaki dalam prosedur berkenaan. "Isteri saya dulu lagi teruk, masa mengandung anak pertama dalam enam bulan tu ada pendarahan. Bawa ke hospital, doktor yang bertugas tu siap bawa ramai-ramai doktor pelatih datang tengok isteri tengah mengangkang. "Saya bengang terus jumpa pengarah hospital (perempuan) untuk buat aduan. Masa tu timbalan (lelaki) pun ada sekali. Pengarah kata perlu ramai-ramai tengok sebab nak belajar Saya cakap sila gunakan subjek lain sebagai bahan uji kaji, bukan isteri saya," luahnya. Permintaannya itu bagaimanapun tidak dipersetujui timbalan pengarah dengan memberi alasan yang baginya memalukan buat seorang suami. Mempunyai zuriat antara perkara yang diinginkan bagi setiap pasangan berkahwin. -Gambar hiasan "Dia kata anak dia dah lima orang. Biasa je doktor pelatih lelaki ramai-ramai periksa kemaluan isteri dia. Dia pun lagi yakin doktor lelaki. "Saya pun cakap, suami yang membenarkan kemaluan isterinya dilihat dan disentuh oleh lelaki lain, hukumnya dayus sedayusnya. Lepas tu timbalan tu terdiam dan tunduk. Sepanjang perbincangan tu dia jadi pendiam tak berkata-kata dah," katanya. Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman sesawang berkata, doktor lelaki tidak dibenarkan menyambut kelahiran dan melihat faraj wanita sewaktu bersalin sekiranya di hospital yang sama masih terdapat doktor perempuan. "Tidak dibenarkan di sisi hukum syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. "Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh syarak," katanya. Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan; ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya); ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki dan perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube