suria

Wanita buat ramalan peniaga bazar Aidilfitri 2025 bakal rugi... Pesan jangan buat ‘content’ sedih raih simpati, siap suruh ubah strategi

Trend pembelian dalam talian dijangka memberi kesan kepada peniaga bazar raya. -Gambar hiasan

TAHUN 2024 belum melabuhkan tirainya, namun sudah ada individu mula membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Menurut seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Kaya Hashim, dia menjangkakan peniaga bazar raya tahun 2025 akan mengalami kerugian ekoran trend pembelian masa kini.

Menerusi perkongsian video, wanita itu berkata sudah ada pelanggan membuat pembelian awal memandangkan harga pakaian menerusi platform dalam talian yang lebih murah.

Picture for parcel scam story use

Pembelian secara dalam talian semakin popular kerana ia memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan

"Peniaga bazar raya tahun 2025 anda kena alert dah tau, pembeli dah mula beli baju raya. Peniaga dalam TikTok Shop buang harga kaw-kaw dengan kualiti baju yang sangat cantik, setanding butik.

"Jadi anda kena standby la, sebab apa? Sebab nanti apabila anda buat content sedih-sedih, tiada siapa yang datang, sales slow... memang tak boleh nak salahkan orang, orang pun nak berjimat.

"Orang beli perlahan-lahan, mula daripada sekarang orang dah mula beli baju raya dengan harga yang sangat murah," ujarnya.

Pembeli dah mula beli baju raya, peniaga TikTok Shop buang harga kaw-kaw dengan kualiti setanding butik.

KAYA HASHIM

Menerusi video sama, wanita itu turut memberi cadangan kepada golongan peniaga bazar raya untuk mencuba alternatif lain dalam mencari keuntungan.

"Jadi anda kena berfikir sesuatu, buat live ke, ataupun apa saja sebab apabila buka bazar raya ni, tiga atau dua minggu sebelum nak raya baru anda boleh berniaga.

"Jadi waktu tu orang dah ada baju raya. Aku ni bercakap sebab aku ni pembeli, penjimatan juga untuk shopping dalam TikTok Shop ni, sebab baju sangat cantik, harga lebih murah," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami orang berniaga di bazar sambil berskandal! Geng peniaga simpati fikir isterinya di rumah, tak sanggup bersubahat

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar Aidilfitri putus asa baju Melayu tak laku, nasib berubah selepas kedai disinggahi lelaki Singapura

Hingga kini video yang diletakkan kapsyen 'peniaga bazar raya 2025 akan rugi lagi' itu menerima lebih 2.2 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan wanita itu berkenaan trend pembelian masa kini.

"Betul, saya dah selesai beli baju raya. Sekarang nak cari baju sekolah anak pula.

"Kadang kat bazar raya harga mahal, design pula yang tiga tahun lepas. Tak berbaloi.

"Saya dah siap beli baju raya. Beli dalam TikTok, murah," tulis netizen.

A ladies Mieza Ridwan,26, look closely to Baju Kurung for upcoming Hari Raya celebration at Bazar Ramadhan KL, Jalan Raja infront of Sultan Abdul Samad building in Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

Segelintir pelanggan menolak kaedah pembelian dalam talian kerana bimbang masalah saiz dan penipuan. -Gambar hiasan

Namun, ada juga yang lebih gemar membuat pembelian di kedai memandangkan mereka risau berlaku kesilapan saiz dan sebagainya.

"Saya jenis shopping online tapi tidak untuk baju raya. Memang beli di kedai atau butik.

"Bukan semua orang beli online, ada orang takut nak beli online sebab saiz tak ngam.

"Saya pergi bazar sebab nak feel suasana saja," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain