TANPA mengira bujang mahupun sudah berkahwin, pastinya ketenangan menjadi kriteria teratas dalam mencari kediaman. Selain itu, mempunyai jiran yang baik dan saling memahami juga merupakan salah satu faktor menjamin kawasan kejiranan yang aman. Namun bagi seorang pemuda, keputusannya menyewa bersama adik-adik di satu kawasan perumahan hanya mengundang kemarahan dek kerana sikap jiran yang pelik. "Bukan pasal cinta, bukan pasal famili tapi pasal jiran. Aku berjiran dengan jiran yang suka hempas-hempas pintu. "Kalau hari-hari macam tu, apa masalah dia agaknya?" luahnya menerusi satu hantaran di Facebook. Melakukan aktiviti di rumah sendiri bersama keluarga. -Gambar hiasan Tidak mendedahkan lokasi kejiranan tersebut, pemuda itu bagaimanapun memaklumkan bukan hanya seorang jiran yang membuat gangguan seperti itu. Lebih menyakitkan hati apabila perbuatan tidak beradab itu seakan menular ke semua jiran yang tinggal berdekatan dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal di taman perumahan pun dah tak tenang... Jiran bela ayam, siang malam asyik berkokok ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang jiran bawah tuduh anak tarik kerusi tengah malam... Siap update status WhatsApp! - “Dah seminggu aku dekat kampung” "Aku ni tinggal di taman (perumahan). Jiran depan, belakang rumah ke kalau nampak kami, mulalah hempas-hempas pintu. "Sakit kepala dok fikir. Padahal tak kenal pun, masing-masing buat hal sendiri. "Yang belakang pula asal dengar je suara aku dengan adik-adik aku, hempas pintu sekuat hati," ujarnya. Kebanyakan hidup berjiran di bandar tidak bertegur sapa, masing-masing buat hal sendiri tak sama macam di kampung. NETIZEN Keadaan yang berlarutan itu membuatkan dia mula hilang sabar dan seperti mahu melepaskan kemarahan kepada jiran-jiran berkenaan. "Nak balas balik, fikirkan mereka dah tua je. Tak suka betul kalau dok kat taman," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi reaksi dan pandangan masing-masing. Tidur terganggu kerana bunyi bising. -Gambar hiasan Pada masa sama, ada yang mencadangkan supaya pemuda itu berbaik dan bertegur sapa dengan jiran-jirannya daripada hanya memendam perasaan tidak puas hati. "Tak apalah dia hempas pintu dia... dia nak test pintu dia kot tahan ke tak. Jangan dia hempas pintu jiran dia. Kita jangan fikirkan sangat benda yang di luar kawalan kita. "Kalau jiran tu dah kahwin, mungkin gaduh laki bini. Kalau bujang, kemungkinan lapar kot. "Esok beli dessert apa-apa dan sedekahkan kepada jiran tersebut. Nescaya dia takkan hempas pintu lagi. Kebanyakan hidup berjiran di bandar tidak bertegur sapa, masing-masing buat hal sendiri tak sama macam di kampung," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube