suria

Wanita rasa terhina, peniaga ayam cheese utamakan pelanggan naik kereta mewah... Bawa Perodua Kancil kena tunggu 45 minit!

Seorang individu mendakwa dilayan acuh tidak acuh oleh peniaga makanan kerana datang menaiki kereta Kancil. -Gambar hiasan

KEDENGARAN tidak masuk akal, namun sebenarnya wujud peniaga yang memberi layanan berbeza kepada pelanggan berdasarkan status kekayaan.

Hal ini turut diakui seorang pelanggan wanita yang mendakwa dilayan acuh tidak acuh hanya kerana dia dan suaminya menaiki kereta Perodua Kancil.

Dakwa wanita itu, dia dan suaminya berdepan kejadian tersebut ketika berkunjung ke sebuah gerai tepi jalan untuk membeli ayam goreng bersalut keju.

kereta 3

Peniaga tak sepatutnya bersikap pilih bulu dalam melayan pelanggan. -Gambar hiasan

"Ayam cheese (harga) RM1, suamiku turun order RM10. Penjual laki bini tu cakap ayam tak masak lagi. Jadi suami cakap nanti nak datang semula 30 minit kemudian.

"Terus kami pergi pasar beli barang basah. 30 minit berlalu, kami kembali ke kedai itu. Nampak dua buah kereta besar menunggu, ada dua orang pembeli memegang plastik ayam goreng.

"Suami turun dan tanya sekiranya ayam kami dah siap. Peniaga kata belum lagi. Suamiku masuk kereta. Kami hanya melihat gelagat peniaga laki bini tu seolah melambatkan pesanan kami," imbasnya.

Apabila kereta mewah singgah laju je servis... tak perlu tunggu macam kami.

PELANGGAN KECEWA

Menurut wanita itu, pasangan peniaga berkenaan meminta suaminya menunggu 10 minit lagi untuk mendapatkan hidangan berkenaan.

Ketika menunggu di dalam kereta, dia dan suaminya turut melihat beberapa pelanggan lain yang datang membeli dan tidak perlu menunggu lama.

Gara-gara tidak berpuas hati, suaminya keluar semula daripada kereta dan meminta wang RM10 yang sudah dibayar lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak halalkan 20 sen terbantut, peniaga air tiba-tiba disergah pelanggan... Tak puas hati dapat duit koyak!

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bengang pembeli melebih-lebih minta diskaun, tak fikir orang cari rezeki - “Duit tak ada tapi selera tinggi!”

"Kami rasa terkilan. terus suami turun jumpa penjual tu, Aku hanya melihat, rasa sedih sebab dibuat seperti tunggul. Duit dipulangkan semula sebab suami minta.

"Layanan sangat tidak adil dan terasa seperti tunggul kayu. Dah bayar awal, masa menunggu lagi. Tapi hanya sebab kami berkereta Kancil buruk, penjual boleh layan kami acuh tak acuh saja?

"Apabila kereta mewah singgah laju je servis. Tak perlu tunggu macam kami. Terasa sangat," ceritanya lagi menerusi hantaran tular itu.

Selepas beberapa minggu, pengadu berkata dia sudah tidak melihat gerai peniaga itu dan beranggapan mungkin mereka sudah menutup operasi.

kereta 2

Ayam bersalut keju menjadi kegemaran ramai. -Gambar hiasan

Dalam hantaran sama, dia turut meninggalkan pesan kepada orang ramai agar tidak bersikap pilih bulu dalam melayan manusia.

"Beberapa minggu kemudian, kami tidak lagi melihat kedai itu di tepi jalan. Dah tutup barangkali.

"Hidup di dunia ini, apabila berkereta besar, berpakaian kemas dan mewah mesti orang pandang dan layanan pun tip top.

"Apabila berkereta Kancil atau buruk, mesti nak pandang sebelah mata. Jaga-jagalah kita semua dalam melayan manusia lain.

"Jangan kerana kita, orang terasa hati. Nampak simple tapi memberi kesan kepada masa depan kita, sekian," tulis wanita itu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain