HIBAH ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Walaupun dewasa ini hebahan mengenai hibah makin kerap diuar-uarkan, namun masih ramai yang kurang memahami mengenainya. Paling ketara apabila ada pihak yang beranggapan hibah juga perlu difaraidkan apabila pemberinya meninggal dunia. Situasi itu dialami sendiri seorang ejen takaful, Fahmie Othman apabila diminta membantu menyelesaikan masalah dibangkitkan seorang kakak yang kematian adik lelaki. Orang ramai dinasihatkan mencarum hibah sebelum meninggal dunia. - Gambar hiasan Menurut ceritanya, si kakak tersebut mahu adik iparnya memberikan sebahagian wang hibah yang ditinggalkan arwah suaminya. "Apabila kurang ilmu agama beginilah jadinya. Bicara soal harta semua pakat nak jadi ustaz dan ustazah jadian. Gelap mata, busuk hati. Sampai hibah pun nak kena faraid. "Sesungguhnya ipar duai tamak benar benar-benar wujud. Bertindaklah daripada awal sebelum kena pijak," katanya menerusi perkongsian di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Jasa selepas ajal! Anak kerja kedai makan meninggal, ibu terkejut ada lelaki datang rumah beritahu arwah tinggalkan RM800,000 ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ selepas bank in duit belanja RM100, anak lega arwah ‘fikir jauh’... tinggalkan hibah setengah juta cukup untuk keluarga teruskan hidup! Fahmie turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan wanita terbabit dengan antara kandungan mesej itu menyatakan rasa tidak puas hati dan geram kerana mereka sekeluarga tidak menerima walaupun satu sen daripada hibah yang diterima adik iparnya. "Ada dalam lebih RM300,000 juga dia dapat. Tapi tu la dia makan seorang, kami sekeluarga belah suami dia buat tak tahu je. Pampasan (hibah) RM300,000 tu banyak, kalau bahagi ikut faraid berapa je kan hak untuk isteri. "Kesian la sikit kat kami keluarga belah suami dia, sikit pun tak bagi. Geram pula apabila fikir balik," demikian antara mesej wanita itu kepada Fahmie. Fahmie kemudian bertanya kepada wanita terbabit sama ada wang RM300,000 yang diterima isteri arwah adakah hibah atau sebaliknya. "Betul dah rasanya hibah, pernah dengar peguam cakap hibah. Hibah tu boleh faraid je kan?" soal wanita berkenaan. Semua harta si mati adalah harta pusaka, kena bagi sama rata atau faraid... Takkan hibah tak boleh difaraidkan? KAKAK IPAR Fahmie kemudian menerangkan maksud hibah dan pada masa yang sama menzahirkan rasa bersyukur kerana suami arwah meninggalkan hadiah kepada isterinya. Namun, jawapan yang diberikan Fahmie tidak dapat diterima oleh wanita berkenaan dan masih beranggapan mereka sekeluarga berhak terhadap hibah yang diterima adik iparnya. "Tak, masalahnya sekarang ni suka hati dia je makan seorang duit tu. Tak kesian ke kat mak ayah suami kat kampung, susah payah jaga adik kak dulu. "Pakai akal sikit la kau dah dapat RM300,000 lebih kot, tak boleh bagi dua dengan famili sini pun kurang-kurang bagi RM100,000 pun tak mengapa," katanya lagi. Malah, dia juga turut meminta Fahmie memberi tunjuk ajar dan kaedah bagi membolehkan mereka sekeluarga dapat menuntut hak hibah berkenaan. "Takkan tak boleh faraid? Tak logik sangat. Semua harta si mati adalah harta pusaka. Harta pusaka kena bagi sama rata atau faraid. Takkan hibah tak boleh difaraidkan?" soalnya. Mesej perbualan yang dikongsi Fahmie di media sosial. Fahmie kemudian menerangkan bahawa jika wanita itu membawa isu berkenaan ke mahkamah sekali pun, mereka sekeluarga tidak akan menang kerana hibah dilindungi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Penerangan Fahmie itu bagaimanapun masih tidak dapat diterima wanita terbabit dengan menuduh adik iparnya bakal gelap mata kerana mempunyai banyak wang. "Jadi kiranya kami memang takkan dapat duit tu? Akak bukan apa, akak nak duit tu kurang-kurangnya bagi la sikit dekat famili belah suami ni. Dapat duit banyak, nantikan buta mata lepas tu menonong cari laki kahwin lain pula. "Sebab dah jadi janda kaya, tu yang kami beriya nak duit tu juga. Bukan nak sangat pun cuma nak selamatkan anak-anak je," katanya yang turut menyatakan adik iparnya itu masih belum berkahwin lain walaupun sudah empat tahun kehilangan suami. Fahmie sekali lagi menasihatkan wanita terbabit dan menerangkan maksud sebenar hibah. Malah, dia turut memohon maaf sekiranya nasihat yang diberikan tidak dapat diterima wanita itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube