TIDAK mendapat restu keluarga menjadi antara punca ramai rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk berkahwin di Selatan Thailand. Namun tanpa sedar perbuatan itu sebenarnya boleh mengundang pelbagai masalah di kemudian hari sebagaimana yang berlaku terhadap seorang wanita selepas dia bernikah di Thailand pada 14 Ogos tahun lalu. Menerusi perkongsian di grup Tanya Peguam di Facebook, wanita itu berkata dia kecewa apabila suaminya tidak hadir ke mahkamah untuk proses pendaftaran perkahwinan. Walaupun sudah melaporkan perkahwinan di pejabat agama pada 3 September tahun sama, kes mereka menjadi rumit apabila hanya wanita tersebut hadir untuk perbicaraan. Pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan pernikahan selepas kembali ke Malaysia. -Gambar hiasan "Kes saya sudah dibicarakan pada bulan Ogos tahun ini. Tapi hanya saya yang hadir untuk bicara dan saya juga sudah selesai bayar denda diri sendiri sebagai isteri. "Kes suami saya ditunda ke bulan November tapi dia tak hadir juga," katanya. Tambah wanita itu, lebih merumitkan keadaan apabila dia juga mendakwa hubungannya bersama suami sudah berakhir. "Saya dengan dia sudah tak bersekedudukan dan tidak berhubung agak lama. "Kalau nak dikira taklik sudah jatuh atas beberapa sebab dan terbaharu dia lafazkan cerai juga," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tak daftar nikah, wanita kahwin di Siam 15 tahun lalu terima bahana... Gagal tuntut wang KWSP arwah suami ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah nikah di Siam 28 tahun lalu tapi tak pernah daftar, tak ingat berapa kali cerai, rujuk... Nasab 10 anak diragui! Bagaimanapun dia tidak dapat membuat sebarang tuntutan memandangkan urusan pendaftaran perkahwinan juga masih belum selesai. Atas faktor kewangan, wanita itu mengharapkan warga maya memberikan pendapat tentang apa yang boleh dilakukan tanpa mengeluarkan bajet besar. "Selain daripada lantik peguam untuk keluarkan sijil nikah bagi saya seorang... ada tak cara lain yang boleh kurangkan kos sikit. Saya dengan dia tak bersekedudukan dan tidak berhubung agak lama. PENGADU "Boleh ke saya keluarkan sijil nikah perseorangan untuk saya je. Saya boleh buat laporan polis atau macam mana?," soalnya buntu. Menurut pengadu dia mengambil jalan untuk berpisah kerana suaminya didakwa berlaku curang selain masih gemar berfoya-foya di luar. Sebagaimana diharapkan, rata-rata warga maya memberikan pendapat tentang apa yang perlu wanita ini lakukan. Komen netizen di Facebook. "Sudah ada perintah mahkamah untuk pendaftaran perkahwinan? Jika bernikah di Thailand, prosesnya memerlukan dua kali kehadiran di mahkamah. "Pertama, untuk pengesahan pernikahan dan kedua, untuk pendakwaan. Mahkamah akan mengeluarkan perintah untuk mendaftarkan pernikahan selepas kedua-dua proses ini selesai. "Jika anda masih berada di peringkat pendakwaan, perkahwinan tersebut belum boleh didaftarkan kerana mahkamah belum mengesahkan pernikahan itu secara rasmi," ujar seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube