KEBIASANNYA usia 20-an adalah tempoh untuk kita mengejar impian dan membina masa depan diri. Namun bagi wanita berusia 24 tahun ini, kehidupan yang sepatutnya penuh peluang bertukar sebaliknya apabila dia terpaksa mengorbankan masa depannya untuk menjaga ibu bapa sakit. Menerusi perkongsian penuh emosi di media sosial, wanita ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan keadaan hidupnya. Menguruskan orang tua sendiri bukan satu tugasan mudah. -Gambar hiasan Kehilangan ibu dua minggu lalu menjadikan dia dan adiknya, berusia 18 tahun, kini tinggal bersama ayah mereka yang menghidap penyakit Alzheimer. "Ayah berumur 78 tahun. Saya tak sambung belajar sebab jaga arwah mak dan ayah yang sakit. Sekarang tak dapat nak bekerja sebab ayah macam tu. "Adik pun dah cakap nak berhenti belajar sebab nak tolong jaga ayah. Saya sedih fikir masa depan kami berdua," luahnya sayu. ARTIKEL BERKAITAN: Sejak Form 3 anak angkat jaga mak ayah sakit sampai hujung nyawa, 2 kali berhenti kerja... Umur 30 tahun dilantik jadi CEO 3 anak syarikat ARTIKEL BERKAITAN: Anak berhenti kerja, pilih berbakti jaga mak ayah sakit! Selepas 5 bulan ibu meninggal, bapa pula ‘menyusul’ - “Bahagialah bersama cinta hati abah” Keputusan itu membuatkan wanita ini semakin buntu dan tertekan memikirkan masa depan mereka berdua. Dalam luahan itu dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan marah dan kecewanya terhadap ibu bapanya. Malah dia turut mempersoalkan keputusan ibu bapa yang hanya bersedia untuk melahirkan zuriat selepas 20 tahun berkahwin kerana mereka terpaksa menanggung kesannya sekarang. "Apa je yang tinggal untuk kami nanti kalau ayah dah tak ada? Kami belajar tak tinggi, mak ayah pun tak tinggalkan harta. Saya rasa seperti ibu bapa sendiri pentingkan diri... akhirnya kami juga yang terpaksa menanggung akibatnya. PENGADU "Valid ke kalau saya rasa marah dekat mak ayah sekarang? Kenapa mereka nak ada anak selepas 20 tahun kahwin? Tengoklah nasib saya dan adik sekarang ni. "Saya rasa seperti ibu bapa sendiri pentingkan diri. Akhirnya kami juga yang terpaksa menanggung akibatnya," tulisnya menggambarkan keperitan yang ditanggung. Kisah ini meraih simpati ramai yang rata-ratanya turut memahami nasib yang menimpa wanita itu dan adiknya. Komen netizen di X. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan cadangan yang boleh dilakukan pengadu untuk membela nasibnya. "Patut ke rasa marah dekat ibu bapa awak macam ni. Saya faham, tapi apa awak boleh buat sekarang? "Apa yang saya boleh cakap sekarang ni cuba buat kerja macam freelancing, kerja dari rumah? Boleh awak tengokkan ayah juga. "Sekurang-kurangnya dapat duit. Untuk adik awak, tolong jangan berhenti belajar," komen salah seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube