suria

Wanita geram rakan serumah jahil agama, galak buat ‘video call’ dengan BF sampai nampak aurat orang lain... Melenting ditegur pasal solat

Kebersihan rumah sewa sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama. -Gambar hiasan

MUKA cantik dan pandai berhias tapi sayangnya perangai sebenar jauh berbeza dengan apa yang dilihat di depan mata.

Benarlah orang kata, jangan menilai seseorang hanya daripada luaran.

Begitulah pendedahan seorang wanita mengenai sikap segelintir rakan-rakan di rumah sewanya yang sentiasa menjaga penampilan diri.

Selain tugas di tempat kerja, wanita juga berhadapan dengan kerja-kerja rumah. -Gambar hiasan

Selain tugas di tempat kerja, wanita juga berhadapan dengan kerja-kerja rumah. -Gambar hiasan

Namun di sebalik kecantikan itu, dakwanya masing-masing adalah pengotor dan tidak menjaga kebersihan.

"Perempuan yang duduk asrama dan rumah sewa ramai-ramai tu, jagalah kebersihan dan kekemasan.

"Tak guna bermekap tebal, tapi pemalas dan pengotor. Tegur depan-depan nanti sentap," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Nak VC (video call) pakwe pun hormat sikit aurat orang lain. Tegur pasal sembahyang tahu pula sentap.

WANITA

Dalam hantaran sama, wanita itu turut meluahkan tentang sikap segelintir rakan serumah yang tidak menghormati rakan-rakan perempuan lain.

Walaupun tinggal sesama jantina di bawah satu bumbung, katanya ini bukan bermakna masing-masing boleh melakukan sewenang-wenangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mi segera tertumpah, ‘housemate’ rela kaut balik dan makan! Wanita terus belikan mi baharu walau duit sendiri cuma tinggal RM16

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah perangai sebenar housemate, suka melawa tapi hakikatnya pengotor! Pad penuh darah pun kumpul dalam bilik air

Ini terutamanya melibatkan aurat mereka yang masih boleh terdedah dengan lelaki bukan mahram.

"Nak VC (video call) pakwe pun hormat sikit aurat orang lain. Tegur pasal sembahyang tahu pula sentap.

"Haih perempuan sekarang. Stres aku duduk sini. Nak keluar rumah, tak mampu," katanya lagi.

Penat melalui pelbagai ragam dan dugaan dalam kehidupan harian. -Gambar hiasan

Penat melalui pelbagai ragam dan dugaan dalam kehidupan harian. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran wanita berkenaan yang menyifatkan disiplin adalah penting untuk menjaga kebersihan luar dan dalam.

"Berlambak je yang macam tu. Keluar pergi dating ke mana-mana ke, bukan main mekap lawa-lawa, baju cantik. Tapi kalau tengok bilik dia nauzubillah. Silap-silap tikus pun ada.

"Kena tegur juga. Dia nak sentap, lantak dia. Kalau tidak, selama-lamanya dia dok dalam pemikiran dan mental negatif.

"Mereka nak terima atau tidak teguran itu lantaklah. Yang penting kau dah jalankan tanggungjawab mengingatkan mereka. Tak ikut, berdosa. Soal mekap itu (tapi pengotor), itu yang merisaukan lelaki sekarang. Kena selidik betul-betul," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain