SETIAP individu pasti mempunyai pengalaman memalukan yang membuatkan diri berasa 'tebal muka' apabila dikenang kembali. Lebih-lebih lagi jika kejadian itu berlaku di tempat awam dan dianggap melucukan oleh mereka yang menyaksikannya. Melalui satu hantaran di laman X, seorang lelaki berkongsi satu momen memalukan tapi mencuit hati yang masih melekat dalam fikirannya hingga ke hari ini. Barangan keperluan harian dibeli dari pasar raya. -Gambar hiasan Menurut lelaki berkenaan, kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya itu sekali gus memberi pengajaran kepada dirinya supaya tidak bersikap perasan dan 'syok sendiri'. Memulakan cerita, jejaka ini berkata dia berasa seperti ada seorang wanita asyik memandang dan mengekorinya dalam diam ketika sedang membeli-belah. "Ada sekali ni, masa tu aku dekat pasar raya tengah membeli-belah, kemudian aku perasan macam ada orang menghendap aku. Aku dapat perhatikan menerusi ekor mata aku, aku yakin 'minah' (perempuan) ni asyik ikut belakang je. "Sampai satu sudut, aku pergi menyorok di sebalik rak barang, sebab nak pastikan betul ke individu ni dok kejar aku. Tak lama tu, perempuan yang aku maksudkan tu sampai dalam keadaan termengah-mengah. ARTIKEL BERKAITAN: Takut tak ada kawan, rela jadi badut sekolah asrama penuh! Paling malu diperbodohkan depan pelajar perempuan ARTIKEL BERKAITAN: Disepak ketika turun tangga, ibu geram anak darjah 6 dibuli... Tak cukup surat layang panggil sundal, dimalukan di TikTok "Dia datang menghampiri aku, dia cakap sambil tak cukup nafas, awak terambil troli akak la adik. Ya Allah, malunya diri ini, sumpah tak sengaja. Aku mati-mati ingat diri aku ada aura selebriti tadi. "Entah macam mana boleh tertukar troli dengan akak tu. Tolong jangan hakimi aku kalau baca kisah ni" ujarnya. Aduhai, kelakar la, macam terpaling ada peminat pula awak ni. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menzahirkan rasa simpati dengan nasib wanita itu yang terpaksa bermain kejar-kejar di dalam pasar raya. "Kesiannya, habis barang wanita tu kena bawa lari. Aduhai, kelakar la, macam terpaling ada peminat pula awak ni. Warga maya bertukar pandangan. "Jangan risau, anda tak keseorangan, saya juga pernah buat benda yang memalukan diri. Ada sekali tu, saya beli cincin dan letak atas meja sendiri dekat sekolah, supaya kawan sekelas nampak seperti ada orang suka saya. "Saya rasa seronok tengok kawan-kawan semua jadi kepochi nak siasat siapa yang suka saya tu," demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube