suria

Gara-gara 2 adik ‘gila’ guna kereta mewah, abang kena tanggung akibat! Mak ayah pun sokong, siap minta menantu gadai emas

Abang sesak kewangan kerana tak dibayar gaji, adik pula berkereta mewah. -Gambar hiasan

RAMAI mempunyai tanggapan bekerja dengan ahli keluarga sendiri adalah lebih mudah atas faktor kejujuran dan saling mempercayai.

Hakikatnya ia tidak semudah disangka kerana konflik boleh tercetus dalam situasi tertentu, lebih-lebih lagi jika membabitkan soal kewangan.

Pengalaman sebegini turut dilalui oleh seorang wanita yang mana suami bekerja dengan bapanya, dengan diberikan tugas mengurus perniagaan restoran keluarga.

Pada peringkat awal perkahwinan mereka segalanya berjalan lancar sehinggalah adik iparnya yang baru bekerja beberapa bulan membeli kereta mewah.

Barangan kemas aset berguna apabila berdepan krisis kewangan. - Gambar hiasan

Barang kemas amat berguna apabila pemilik berdepan krisis kewangan. -Gambar hiasan

"Gaji dia dua kali ganda gaji aku. Baru kerja beberapa bulan dah beli kereta mewah. Lantaklah duit dia janji jangan sampai palitkan aku. Tak sampai setahun dia tukar kereta mewah lain.

"Kereta lama dia bagi kepada adik yang gaji ciput tu untuk sambung bayar. Sekarang mentua aku dah sengkek, banyak benda nak kena bayar dan anak dua orang lagi tu sibuk nak bayar kereta mahal," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang diajak ke kedai emas suami campak sushi, tinggal isteri sendirian di mall! Dulu masa terdesak habis barang kemas bini digadai

ARTIKEL BERKAITAN: Budak buat detailing kereta mewah kagum kenali ‘T20 sebenar’, jauh beza dengan orang kaya media sosial - “Kita guna Honda hari-hari tunjuk stereng”

Tambahnya, disebabkan kedua-dua adik ipar tidak lagi memberikan wang kepada ibu bapa mentua gara-gara perlu membayar ansuran bulanan kereta mewah, gaji suaminya mula lambat dibayar.

"Dulu sekejap je (bayar tepat masa), sekarang makin lambat gaji dibayar. Baru-baru ni pinjam RM1,000 duit aku, duit tu aku jual gelang emas untuk bayar hospital bersalin. Alhamdulilah mentua bayar hari aku keluar hospital.

"Nak bayar duit rumah dahulukan duit aku, sebab suami tak bergaji. Gaji kena tahan lagi, lama pula tu," luah wanita ini.

Jangan bagi emas untuk mertua gadai, tu kerja bodoh.

NETIZEN

Menambah rasa marah apabila dia terbaca mesej bapa mentuanya meminta suami meminjam gelang emasnya untuk digadai bagi membaiki kereta yang rosak.

"Dia kata dua anak lain belum dapat gaji, jadi nak guna duit untuk baiki kereta. Walhal kereta ada dua, guna la kereta satu lagi. Anak-anak tiada simpanan ke? Gaji besar kot, kerja dah dua tahun.

"Aku dulu dua tahun kerja gaji RM1,500 je, simpanan RM10,000 siap ada emas lagi," katanya.

Wanita itu menambah, disebabkan lewat dibayar gaji suaminya ada melakukan 'mogok' dengan tidak pergi bekerja dan membuat kerja sampingan lain tetapi mentuanya merayu kerana kekurangan staf.

Terpaksa akur dengan permintaan ibu bapa sendiri, suaminya tetap tidak dibayar gaji.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya yang meminta suami wanita berkenaan mencari kerja lain bagi mengelak dirinya daripada berterusan bekerja tidak bergaji.

"Awak suruh la suami minta kerja kilang ke apa ke. Promoter ke. Janji kerja bukan dengan keluarga dia. Kesian awak.

"Ambil lesen lori la busuk-busuk RM3,000 gaji pemula. Jangan bagi emas untuk mertua gadai, tu kerja bodoh.

"Boleh ambil upah potong rumput bersih laman, hari tu saya nampak orang siap buat iklan untuk perkhidmatan tu. Mula dengan separuh masa pun tak pa. Kalau pandai baiki kereta mungkin boleh jadi mekanik separuh masa," kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain