KEHILANGAN insan tersayang merupakan salah satu ujian terbesar dalam hidup sesiapa pun yang menghadapinya. Begitu jugalah apa yang dirasai wanita berusia 29 tahun ini apabila suaminya meninggal dunia enam bulan lalu akibat komplikasi jantung. Berkongsi kisah dalam hantaran di laman X, dia kini berdepan waktu-waktu sukar bersendirian membesarkan anaknya yang berusia empat tahun. Seorang ibu susah hati mengenangkan kesedihan anaknya. -Gambar hiasan "Saya nak luah kesedihan sikit je. Saya ada anak lelaki umur empat tahun. Suami meninggal dunia enam bulan lepas sebab penyakit jantung. "Petang tadi ambil anak dari tadika. Anak nampak sedih je tapi bila tanya dia tak nak cerita dengan saya. "Saya cakap kalau tak nak cerita dekat mama (pengadu), abang cerita la dekat Allah," ujarnya dalam hantaran tersebut. Bagaimanapun, wanita ini tidak menyangka kanak-kanak itu mengikut apa yang disarankan apabila dia benar-benar bercerita kesedihannya kepada Sang Pencipta. ARTIKEL BERKAITAN: Lama tidur sebab tak sihat, wanita tergerak hati check CCTV! Sebak tengok cara bibik layan anak, anggap Allah makbulkan doa ARTIKEL BERKAITAN: Ibu buat pendedahan mengejutkan tetamu! Anak lelaki tak jadi kahwin, pasangan batal nikah saat akhir... Majlis resepsi bertukar doa selamat Jelasnya, dia amat sayu melihat keikhlasan luar biasa anaknya memohon supaya Allah untuk memulangkan bapanya semula. "Selalu waktu tidur, sebelum lena dia baca doa dulu. Tapi malam tu lain sikit doa dia. "Allah, mama cakap Allah ambil papa sebab Allah sayang. Tapi saya pun sayang papa. Pulangkan papa saya boleh tak Allah? Awak masih muda pengadu. Ada rezeki ada jodoh lain, kahwin la ye. NETIZEN "Lepas anak tidur, sampai sekarang saya menangis sorang-sorang sampai bengkak mata. Sedih rindu papa dia rupanya," ujarnya. Wanita ini berkata, dia percaya anaknya terdetik untuk memiliki semula 'papa'nya selepas melihat rakan-rakan lain dijemput oleh bapa masing-masing ketika pulang dari tadika. Hantaran dikongsikan ini mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-rata memberikan nasihat dan cadangan kepadanya. Ada dalam kalangan netizen yang mencadangkan supaya wanita ini mempertimbangkan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang boleh memberikan kasih sayang seorang bapa kepadanya. Komen netizen di X. "Kita yang dewasa pun terasa sedih bila hilang mak ayah. Lagi la anak kecil. "Awak masih muda pengadu. Ada rezeki ada jodoh lain, kahwin la ye. Tapi ambil sebanyak mana masa awak nak untuk bersedih. "Sedih baca ni, teruskan tabah pengadu. Semoga anak awak jadi yang soleh dan jadi penyebab kau dan arwah masuk syurga," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube