PELBAGAI taktik dilakukan oleh scammer demi mendapatkan wang dengan cara mudah. Menerusi hantaran terkini di laman Facebook Tanya Peguam, seorang wanita mendedahkan kisah bagaimana dia hampir menjadi mangsa penipuan ejen hartanah. Menurut wanita itu, ejen terbabit menuntut sejumlah wang deposit, kononnya digunakan untuk membuat tempahan (booking) unit rumah yang diingini. Kediaman mewah dan selesa merupakan impian ramai. -Gambar hiasan "Boleh ke ejen dahulukan duit dia untuk booking rumah yang saya nak beli? "Apabila loan dah lulus, rumah kita tak jadi beli dan dia suruh bayar balik pula duit tu," soalnya di laman Facebook itu. Menurut wanita ini lagi, dia enggan meneruskan pembelian unit tersebut disebabkan harga yang ditawarkan lebih tinggi selain tidak mendapat unit di aras dikehendaki. ARTIKEL BERKAITAN: Ejen rumah sewa tak beragak kaut untung! Wanita lega dapat jimat banyak lepas jumpa ‘owner’, dedah caj tersembunyi ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh bulan tak berpenghuni, ejen hartanah lelong terkejut jumpa 2 sejadah terbentang hadap kiblat - “Balik rumah saya termenung” Malah katanya, gambar unit rumah tersebut juga tidak diberikan kepadanya oleh ejen terbabit sebelum proses permohonan pinjaman dilakukan. "Alasan tak jadi beli rumah adalah sebab rumah aras satu berharga RM180,000 tapi apabila lulus, rupanya rumah dapat aras empat dan berharga RM200,000. Kalau beli rumah tapi tak dapat apa-apa dokumen yang ditandatangani, itu adalah penipuan. WARGA MAYA "Ejen bagi rumah yang saya tak mahu, gambar rumah pun saya tak tahu, dia main submit je. "Apabila saya batalkan, dia suruh ganti semula duit dan saya rasa macam tertipu kerana loan dah lulus baru dia maklumkan rumah terjual," luahnya lagi. Pertanyaan yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya mengklasifikasikan ejen terbabit sebagai scammer Wanita ini dinasihati warga maya tentang penipuan yang mungkin berlaku. Malah ada yang menasihati wanita ini supaya meminta nombor perunding hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) individu tersebut. "Semak sama ada dia ada REN atau tidak, kalau tiada terus buat laporan pada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta atau Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVAEA). "Lapor polis dan maklumkan pasal penipuan iklan, tunjuk lain tapi dapat yang lain. Kemudian ceritakan pasal duit tempahan tu. "Ejen atau dia mengaku ejen? Kalau ikutkan, salah perbuatan dia tu. "Kalau beli rumah tapi tak dapat apa-apa dokumen yang ditandatangani, itu adalah penipuan. Tak perlu bayar apa-apa sebab tak ada apa pun yang kena bayar," demikian nasihat warga maya kepadanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube