suria

31 tahun kahwin, pesara kerajaan terpaksa layan batin suami walau hilang rasa cinta! Tak mahu jumpa semula di akhirat

Seorang isteri sudah tawar hati dengan sikap suaminya. -Gambar hiasan

ANTARA perkara paling ditakuti dalam setiap hubungan adalah timbulnya perasaan tawar hati terhadap pasangan.

Demikian luahan seorang wanita yang sudah berumah tangga selama 31 tahun namun mendakwa masih sukar mencapai kebahagiaan sebenar.

Menurut pesara kerajaan berusia 55 tahun ini, rumah tangganya kelihatan bahagia di mata orang luar tetapi bagi dirinya, realiti hidup bersama suami berusia 59 tahun begitu pahit.

"Suami hanya beri nafkah asas RM1,400 termasuk makan dan bil api, air. Dia ada duit pun tak teringin nak hulur. Pada dia, aku ada duit.

"Betul aku ada duit. Rumah aku bayar. Makan dan bil tak cukup, saya bantu bayarkan. Sakit pening, bayar sendiri. Sedih... macam tak ada laki.

Wanita ini hidup selesa dengan nafkah RM1,400 namun tidak bahagia. -Gambar hiasan

"Dulu-dulu pun dia tak 'caring' (ambil berat). Dari awal aku pernah minta cerai tapi dia tak nak. Aku bertahan sebab mak. Mak suka dia," ujar ibu kepada empat cahaya mata ini.

Bagaimanapun, keadaan semakin meruncing apabila suami mula kurang ajar terhadap ibunya yang semakin tua dan uzur.

Malah, hubungan pasangan ini semakin dingin dan komunikasi semakin hambar selain hanya melakukan hubungan seks apabila dimahukan suami.

"Lama-lama aku jadi tawar hati. Jarang bercakap. Dia selalu acah-acah serba pandai dan kutuk kalau orang tak boleh buat macam-macam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi senyuman, isteri berubah 360 darjah! Tawar hati dapat tahu suami berzina - “Bercakap dengan saya pun dah tak nak”

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam proses cerai, wanita tak gembira dapat tahu diri hamil! Tawar hati suami upload foto, sebut nama arwah isteri setiap hari

"Walhal, internet semua tak reti guna cuma aku malas nak bergaduh. Pernah juga ada skandal tapi aku teruskan kehidupan walaupun sedih.

"Sekarang kami memang sudah tidur asing. Masih serumah dan sama seperti biasa. Kalau dia nak hubungan batin, aku turut. Aku juga kena urus sampai selesai sebab dia sakit lutut," jelasnya.

Tambah wanita ini lagi, dia merindui kebebasan dan ruang peribadinya sendiri tetapi sikap suami yang kuat cemburu membuatkan dia tidak boleh keluar sesuka hati.

Malah, disebabkan amat terluka, pernah terdetik di hatinya dan pernah berdoa agar tidak mahu bertemu suami lagi di akhirat kelak.

Sis dah boleh cari kebahagiaan sendiri pula lepas ni. Cuba solat sunat dua rakaat, minta petunjuk Allah.

NETIZEN

Walaupun tugas sebagai isteri dilaksanakan dengan baik namun kini pengadu berdepan dilema dan rasa berdosa kerana terus berada dalam perkahwinan tanpa rasa kasih sayang.

"Aku nak keluar dari rumah tangga ini sebab sentiasa rasa berdosa tapi dia tak nak (cerai). Pernah pujuk sebab kata kita sama-sama berdosa tapi dia tak nak sebab hidup senang.

"Dengan nafkah RM1,400 bilik air-cond 24 jam dapat makan sedap dan dapat berjalan makan angin lagi. Apa perlu aku buat?

"Berdosa ke aku? Kadang berdoa minta Allah ampunkan aku. Aku tak mampu nak sayang dia sebab diri sendiri (suami) tak ada usaha dan bahagiakan dan ambil hati isteri," luahnya lagi.

Komen netizen di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, wanita ini turut meminta orang ramai supaya tidak mengecam tindakannya meluahkan rasa di Facebook.

Sebaliknya, dia meminta pendapat warganet memberikan cadangan untuk mencari jalan keluar dari masalah dihadapinya.

"Sis dah boleh cari kebahagiaan sendiri pula lepas ni. Cuba solat sunat dua rakaat, minta petunjuk Allah. Andai kata sis masih lagi rasa tak bahagia, duduk dan berbincang dengan anak-anak.

"Lepas tu bawa je terus ke pejabat agama. Sis pun ada pendapatan sendiri kan. Jadi tak ada kerisauan dah dekat situ. Lepas ni dah boleh fokus dekat diri sisi dan buat amal ibadat je," komen salah seorang netizen memberikan pendapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain