TAK adil jika kita 'pukul rata' apabila berbicara tentang layanan ibu mentua terhadap menantu kerana setiap individu mempunyai sikap, pemikiran dan latar belakang keluarga yang berbeza. Apa yang penting, menantu perlu bijak memasang strategi bagi mengambil hati mentua dalam usaha mewujudkan serta mengekalkan hubungan baik. Bagi seorang wanita, rutin harian ibu bapanya yang bangun seawal pukul 6 pagi membuatkan dia kekok berada di rumah mentua yang tidak mengguna pakai 'sistem' seperti itu. Dikenali sebagai Jasmine, katanya, setiap hari ibu mentua hanya akan keluar dari bilik apabila waktu tengah hari menjengah. Selama tujuh tahun, seorang wanita perlu memasak hidangan raya sendirian untuk keluarga besar mentua. -Gambar hiasan “Mak ayah aku morning person, pukul 6 pagi dah bangun Subuh, lepas tu tak tidur sampai tengah hari, baru tidur sekejap. “Tapi bila berkahwin, masuk rumah MIL (mother in law), tengah hari baru nampak dia (ibu mentua) turun cari sarapan. “Apabila aku balik rumah mak aku, 'auto' pandai bangun awal. Balik umah MIL, terbabas ikut caranya. Kongsi la dengan aku nak buat macam mana asyik terbabas je lepas Subuh,” katanya. Bercerita lanjut, wanita ini berkata, dia tetap akan pastikan hidangan sarapan disediakan walaupun ibu mentua hanya akan makan pada waktu tengah hari. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua gelabah elaun kena potong! Menantu beri pengajaran sebab mulut ‘laser’, selama ini sangka anak lelaki kesayangan gaji besar ARTIKEL BERKAITAN: Dulu wanita dilayan buruk sebab tiada zuriat, mentua tagih simpati lepas sakit! Anak menantu ‘subur’ semua tak mahu jaga “MIL bising kalau tak ada sarapan dan dia bising juga kata menantu bangun lambat. “Jadi, sebelum dia (ibu mentua) bising, malam tu saya dah siapkan karipap goreng untuk makan keesokan hari. “Kalau tak, beli roti ban atau biskut. Sekurang-kurangnya dia boleh alas perut sebelum masak tengah hari dalam pukul 1,” jelasnya, sambil menambah ibu mentua kini sudah mencecah usia 72 tahun. Wanita ini juga memberitahu, sepanjang tujuh tahun berkahwin, dia terpaksa memasak sendirian untuk keluarga mentua termasuklah menjelang raya. Apabila aku balik umah mak aku, auto pandai bangun awal. Balik umah MIL, terbabas ikut caranya. JASMINE Jadi, untuk tahun ini dia memohon daripada majikan untuk bekerja pada hari raya pertama dan kedua bagi mengelakkan diri daripada dipaksa masak sendirian tanpa bantuan biras mahupun ibu mentua. “Bayangkan setiap tahun kau wajib masak untuk abang ipar yang semua balik. Tapi biras tak tolong masak untuk suami diaorang. “Kalau boleh pukul 11 pagi atau 12 tengah hari baru nak salam raya. “Jadi, tahun ni aku dah rancang nak kerja hari raya pertama dan kedua sehingga majikan aku tanya dua tiga kali. Tak mahulah aku cuti, nanti kena masak,” luahnya. Banyak cabaran perlu dilalui menantu yang tinggal sebumbung dengan mentua. -Gambar hiasan Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi warga maya dan ramai wanita berkongsi pengalaman tinggal atau pulang ke rumah mentua. “Selepas berkahwin, saya balik mana-mana pun tak pernah tidur serumah dengan keluarga. Sebab saya suka privasi. “Tak pernah terbabas tidur rumah MIL. Sebab terbiasa bangun awal. “Lepas Subuh, jangan tidur. Mengaji, zikir. Lepas tu turun buat apa patut, breakfast atau kerja perlu. Sambung Dhuha, jadikan amalan. “Nikmat bangun awal best. Kalau lewat bangun rasa macam ruginya. “Keluarga saya solat jemaah Subuh, kemudian semua masuk bilik masing-masing. Selepas jam 9 pagi baru sibuk keluar,” antara komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube