HUBUNGAN sesama ahli keluarga perlu dijaga batasnya supaya tidak berlaku keterlanjuran yang boleh membawa kepada kancah maksiat. Ketika berinteraksi dengan kanak-kanak bawah umur misalnya, sangat penting untuk orang dewasa menjaga kata-kata dan menapis kandungan yang disalurkan kepada mereka. Bagaimanapun melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita mengimbas situasi menjengkelkan yang dilalui sebagai salah seorang ahli dalam grup WhatsApp keluarga besarnya, beberapa tahun lalu. Amalan menonton video lucah boleh memakan diri. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, insiden tersebut melibatkan kelakuan kurang senonoh seorang warga emas dalam keluarganya. "Ini satu cerita yang 'gila', datuk saudara aku pernah secara tak sengaja hantar video lucah ke dalam grup keluarga besar. Aku ketika itu masih boleh dikatakan remaja. "Waktu mesej daripada datuk aku tu masuk, aku sempat tekan play untuk tengok video apa dia hantar. Alangkah terkejutnya aku, video tu adalah bahan 18 tahun ke atas, aku terus panggil mak aku untuk tengok sekali, nak pastikan betul ke ni. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 3 bulan nikah, remuk hati tengok video kelucahan melampau bakal isteri - “Aku punyalah jaga batas pegang tangan” "Video tu bertahan lebih kurang seminit dalam grup WhatsApp, sebelum datuk aku padam, mungkin dia baru perasan tersilap hantar kot. "Tapi yang anehnya, dalam masa seminit tu tiada siapa pun balas apa-apa, selalunya grup besar tu laju je aktif kalau ada orang hantar mesej. Aku tak berapa ingat selepas tu dia (datuk) keluar grup ke macam mana," kata wanita tersebut. Kebanyakan orang tua yang pakai kain pelekat dan berkopiah putih ni, mereka sebenarnya dalam diam 'gatal' serta miang. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkata perkembangan teknologi pada masa kini menyebabkan sisi gelap seseorang lebih mudah terbongkar. "Ini pengalaman dan pandangan aku sendiri, kebanyakan orang tua yang pakai kain pelekat dan berkopiah putih ni, mereka sebenarnya dalam diam 'gatal' serta miang. Warga maya berkongsi pengalaman. "Teringat dekat pensyarah zaman belajar dulu, ada sekali tu kami buat pembentangan dalam kelas menggunakan komputer riba dia, tiba-tiba keluar notifikasi beritahu lapan fail sudah siap dimuat turun. "Rupanya fail daripada laman sesawang lucah, pensyarah aku buat cool dan tutup balik satu persatu notifikasi berkenaan. Satu kelas sedaya upaya tahan gelak, sampai sekarang kami masih ingat momen ni. "Aku macam geram dengan orang yang cipta fitur delete dalam WhatsApp ni, sepatutnya biar je, supaya kalau berlaku benda macam ni susah nak bersihkan nama, baru syok membahan," komen beberapa pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube