UNIT forensik dipertanggungjawabkan menguruskan pesakit yang sudah meninggal dunia atau pengurusan kes kematian berkaitan undang-undang. Bagaimanapun, banyak cabaran perlu ditempuhi oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang forensik kerana tugas ini melibatkan pengakhiran hidup insan yang diuruskan. Melalui satu hantaran di laman sosial, seorang wanita yang juga pakar perubatan forensik berkongsikan kisah menyayat hati ketika menguruskan pesakit yang sudah beberapa hari meninggal dunia. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, mayat berkenaan sepatutnya sudah mereput sekiranya mengikut prinsip sains biologi, namun terkejut melihat keadaan jasad yang sempurna. "Dulu waktu bekerja dekat bahagian forensik, pernah dapat kes mayat decomposed iaitu mayat orang yang sudah beberapa hari meninggal dunia. Aku pun buat la persediaan apa yang patut. "Aku masukkan mayat ke bilik decon atau bilik asingan, sebab mayat sudah mereput ni mempunyai bau busuk yang melekat. Jadi pendek cerita, aku mulakan prosedur post-mortem seperti biasa. ARTIKEL BERKAITAN: Air mayat terpercik di badan, anggota penguatkuasa berdepan kejadian aneh ketika pulang ke rumah ARTIKEL BERKAITAN: Gadis persoal kenapa van jenazah guna lampu kecemasan, selain tuntutan agama NGO beri 6 sebab perlu segera kebumi arwah "Sumpah demi Allah aku terkejut, badan si mati ni tak busuk seperti mayat biasa yang mereput. Jasadnya masih cantik dan sempurna, padahal si mati sudah tiga hari meninggal dunia," ujar wanita itu yang tergamam dengan penemuannya. Setelah diselidiki, wanita berkenaan menzahirkan rasa sayu apabila mendapat tahu latar belakang si mati. "Rupanya si mati merupakan seorang mualaf, arwah tinggal bersendirian. Keluarga arwah sudah tidak mahu menerimanya lagi. Sampai ke hari ini, aku masih tertanya-tanya apakah amalan arwah yang menyebabkan badannya terpelihara. Semoga syurga tempatnya buat arwah, inilah yang dinamakan sebagai pengakhiran husnul khatimah. WARGA MAYA "Jasadnya bersih dan cantik sangat. Namun begitu, kami tak dapat tentukan punca kematian memandangkan bahagian dalam arwah seperti organ sudah menjadi cair kerana proses pereputan. "Sesungguhnya satu keajaiban yang jasad arwah tidak ada bau busuk dan berulat," kata wanita tersebut kagum. Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat insaf dan bermuhasabah diri dengan perkongsian tersebut. Warga maya bertukar pandangan. "Semoga syurga tempatnya buat arwah, inilah yang dinamakan sebagai pengakhiran husnul khatimah. Tuhan masih pelihara aib dalam keadaan kita bertelanjang dan sudah tidak bernyawa. "Banyak cabaran bekerja dalam bidang forensik ni, bau busuk mayat ni saya boleh gambarkan sebagai campuran bau ikan masin, ayam masak merah dan beberapa aroma lain. Hanya yang kental je boleh bertahan. "Bau busuk mayat ni kalau melekat dekat baju pun belum tentu hilang selepas beberapa kali basuh. Satu pengalaman yang mengubah perspektif kita tentang kehidupan," kata pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube