HATI isteri mana yang tidak remuk apabila mengetahui suami yang selama ini amat dicintai mencintai perempuan lain. Lebih menyedihkan, orang ketiga yang digila-gilakan oleh suami berstatus isteri orang malah mempunyai dua anak. Namun situasi inilah yang perlu dilalui seorang wanita apabila mendapat tahu suaminya berskandal dengan rakan sepejabat sekitar Jun lalu. “Jun lalu, laki (suami) aku mengaku dia suka dan sayang pada perempuan lain. Bini orang, anak dua. Seorang wanita mahu diceraikan selepas mengetahui suaminya curang. -Gambar hiasan “Dengan alasan laki dia (suami kepada skandal) buat macam-macam padanya (skandal). Jadi suami aku kesian dan jatuh sayang, bahkan nak buat bini nombor dua. “Padahal tak sedar diri, aku banyak tampung dia selama ni. Aku dah kesan lama perkara ni,” luah wanita berkenaan. Bercerita lanjut mengenai kecurangan yang berlaku, wanita ini berkata pada awalnya suami mendakwa mereka sekadar berkawan malah suami kepada wanita berkenaan juga tahu akan hubungan yang terjalin. Namun apabila skandal ini terbongkar, dia meminta suami membuat pilihan antara dirinya dan anak-anak atau wanita penyondol tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri ‘resign’, kemudian cerai! Rupanya dah ada wanita lain menunggu, ibu mudah restu sebab bakal menantu berkarier ARTIKEL BERKAITAN: Rakan pejabat ‘bertaruh’ pikat isteri orang, tak pandang anak dara... Akhirnya ‘kantoi’ ada video, borak mesra di WhatsApp “Aku suruh pilih sama ada dia (skandal) atau aku dan anak-anak. Suami pilih kami. “Tapi, sekarang ni dia (suami) cakap dirinya tak boleh nak sayang aku, macam hilang sayang tu. “Aku minta dia lepaskan aku cara baik. Aku masih ada ibu bapa, dia pun sama. Jumpa kedua belah pihak dan beritahu hal sebenar, tapi dia penakut,” ujarnya lanjut. Sambung wanita ini, suaminya memberikan alasan bimbang jika dia berbuat demikian ibu bapanya enggan membenarkan dia berjumpa anak-anak dan pelbagai permintaan lain. Duit aku sekarang aku guna beli skincare, make up, baju dan tudung sebagainya. ISTERI Menurut wanita ini, dia mahu menuntut cerai kerana sehingga kini dia tidak diceraikan dan dalam masa sama mengganggu mental dan prestasi kerjanya. “Aku cakap kat dia (suami) tak perlu cerita terperinci pada ibu bapa aku, tapi ibu bapa dia (suami) perlu tahu semuanya sebab aku tak nak dipersalahkan. “Tapi sampai sekarang dia (suami) tak nak. Lagi sanggup seksa mental aku dari cerai elok-elok. “Perkara ini beri kesan pada kerja dan emosi aku. Anak-anak pun terganggu sebab suami kuat baran,” luahnya lagi. Wanita jangan berkira berbelanja untuk kesihatan dan kecantikan. -Gambar hiasan Jelasnya, pasangannya kini menjadi semakin baran dan apa saja yang keluar dari mulutnya amat menyakitkan hati. “Semua perkataan tak elok dia (suami) dah maki aku. Dia siap cakap aku manipulative, tak move on. “Selama tiga tahun dia (suami) tipu aku, tak kan nak aku move on dalam masa tiga hari. Aku bersabar selama ni. “Entah kenapa, sebelum ni tiba-tiba satu hari tu aku pukul dan maki dia (suami) dan aku puas,” katanya. Kekecewaan dialami wanita ini bagaimanapun memberikan satu pembaharuan dalam kehidupannya apabila dia mula memberi keutamaan pada diri sendiri. Jelasnya, selepas apa yang berlaku dia langsung tidak berbelanja untuk membeli barang keperluan dapur, lampin pakai buang, susu dan sebagainya sebaliknya menggunakan wang suami. "Dulu aku tak kisah nak bayar tapi sekarang tidak lagi, aku tak kisah dia tak ada duit ke apa," katanya. Dalam masa sama dia sudah mula berbelanja untuk penjagaan kecantikan dan kulit serta berazam untuk mengubah penampilan diri. Bersolek dapat membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita. -Gambar hiasan “Duit aku sekarang aku guna beli skincare, make up, baju dan tudung sebagainya. “Dulu aku tahan je shopping sebab dahulukan anak-anak. Sekarang tidak. Aku nak cantik, bagi badan cantik. “Biar dia (suami) menyesal sampai mati sebab buat macam ni. Aku boleh maafkan dia curang sebab dia minta maaf, tapi tak maafkan makian dia,” tegasnya. Individu ini turut meminta netizen untuk mendoakan urusan pertukaran sekolah, pindah rumah dan proses cerainya dipermudahkan demi anak-anak. Perkongsian wanita ini mencuri perhatian netizen dengan rata-ratanya mendoakan urusannya dipermudahkan. “Benda yang paling menjijikan adalah suami dan isteri orang bercinta. Terus kelihatan cantik “Pergi fail cerai. Bukti curang semua dah ada. “Jangan toleh ke belakang, teruskan demi anak-anak dan semoga urusan dipermudahkan. “Padan muka dia, nak sangat curang dan sanggup maki hamun isteri. Nak cerai tapi takut beritahu mak ayah,” demikian antara komen warganet.. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube