RASA mengantuk yang teramat sangat pada waktu-waktu penting membuatkan seseorang itu sanggup mencari jalan untuk melelapkan mata walau sebentar. Tindakan ini juga dilakukan oleh seorang pelajar apabila terpaksa tidur di dalam tandas sekolah gara-gara terlalu mengantuk. Perkara itu didedahkan oleh seorang lelaki dipercayai guru di sekolah berkenaan. Apa yang lebih mengejutkan adalah insiden itu bukan pertama kali berlaku melibatkan pelajar tersebut. Pihak sekolah menyediakan tandas sebagai kemudahan untuk para pelajar. -Gambar hiasan "Tidur dalam tandas? Ya, itulah yang berlaku. Sudah dua kali murid yang sama dikenal pasti. "Pagi ni terpaksa suruh seorang pelajar panjat tandas nak tengok betul atau tak ada orang tidur dalam tandas. Rupanya memang betul," dakwanya menerusi satu hantaran di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diraba pelajar, cikgu dimarahi pula mak ayah pelaku! Guru praktikal terkejut saksi akhlak budak zaman sekarang ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lelaki jadikan guru wanita bahan fantasi nakal, terbayang-bayang dalam bilik air! - “Dia tanya soal hukum dan taubat” Tanpa mendedahkan lokasi sekolah, guru itu memaklumkan insiden tersebut melibatkan seorang pelajar Tingkatan Lima yang merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada kejadian berlaku semasa SPM sedang berlangsung atau sebelum peperiksaan itu bermula. Mengantuk sangat tu smpai sanggup masuk tidur dalam tandas. NETIZEN "Kalau tandas lelaki pun boleh tidur, maknanya memang bersih sungguh dan aromanya wangi," jelasnya. Mengulas lanjut, guru itu menjelaskan bahawa insiden tersebut bukan berpunca daripada kemudahan tandas yang begitu selesa, sebaliknya kerana pelajar berkenaan terlalu mengantuk ketika berada di sekolah. Permainan video menjadi aktiviti pilihan di masa lapang. -Gambar hiasan Lebih mengejutkan apabila remaja itu didapati kerap tidur lewat kerana masa dihabiskan dengan gajet. "Sebenarnya murid itu memang suka tidur lewat malam sebab main game kat telefon bimbit. "Emak ayah pun tak boleh kata apa dah. Kalau tidur dalam kelas mungkin disergah dek cikgu. Aduhai," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan insiden yang berlaku terutamanya kes melibatkan calon SPM. "Betul-betul mengantuk sangat tu smpai sanggup masuk tidur dalam tandas. "Uishh nak SPM pula tu, parah dah ni. "Luar biasa masalah disiplin pelajar sedang hadapi SPM," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube