HOSPITAL sering dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri yang sukar dirungkai. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang doktor perubatan wanita menceritakan pengalaman merinding bulu roma yang pernah dilaluinya ketika bekerja di hospital. Menurut wanita itu, kejadian berkenaan berlaku pada waktu tengah hari. Keadaan yang mengerikan di laluan hospital. -Gambar hiasan "Kalau nak ceritakan pengalaman seram masa bekerja forensik dulu, sebenarnya tak banyak mana pun. Cuma ada sekali ni, saya dengan rakan sekerja pergi melepak dan tidur dalam satu bilik di hospital. "Ketika itu waktu lunch, kami macam malas nak keluar. Untuk pengetahuan semua, bilik yang kami tumpang tu ada kaunter di depannya, macam untuk urusan pelanggan. Dekat kaunter tu ada loceng untuk orang tekan supaya boleh panggil staf. "Nak dijadikan cerita, ketika itu aras berkenaan memang kosong dan gelap sebab kami sekumpulan je yang tak keluar lunch. Tiba-tiba ada dengar bunyi, ting, ting, ting dari kaunter depan. Maksudnya ada orang tekan loceng, tapi siapa? ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih Mat, bagi darah” - Staf hospital pucat lesi, suara aunty Cina garau ketika guna mesin dialisis lama... Esoknya meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin baharu nekad pindah dari rumah sewa! Barang kerap dialih, 'main selipar' insiden paling seram "Kami bertiga dah cuak dah. Seingat kami, tak ada dengar bunyi orang masuk ikut pintu depan, sebab dekat engsel pintu ada sangkut loceng. Aras tu memang kita tahu kosong, dengan gelapnya lagi," imbas doktor itu berdebar. Seorang rakan kepada doktor itu akhirnya memberanikan diri untuk memeriksa keadaan di kaunter. "Salah seorang kawan saya pergi tengok tapi tak nampak apa-apa. Sampai ke hari ni misteri siapa yang tekan loceng tu masih belum terjawab. Seram la juga, sebab 'benda' tu boleh nampak kita, tapi kita tak nampak 'dia'. Jangan lupa juga pendinding diri sebab 'makhluk' ni suka orang yang lemah pertahanannya. WARGA MAYA "Alhamdulillah itu saja insiden mistik yang saya pernah lalui sepanjang bekerja di hospital, selepas tu aman je. Harap-harapnya tiada lagi entiti yang nak kacau saya, saya mahu bekerja lama di forensik ni," ujar doktor itu mengakhiri bicara. Menjengah ke ruangan komen, warga maya juga mengakui berasa gerun untuk bekerja di hospital kerana mengenangkan kisah-kisah sedemikian. Kehadiran entiti tidak diundang boleh mengganggu kehidupan harian. -Gambar hiasan "Alahai, 'benda' tu nak mengusik ajak buat kawan la tu. Mungkin kena adakan bacaan ayat suci al-Quran dekat aras hospital tu. "Jangan lupa juga pendinding diri sebab 'makhluk' ni suka orang yang lemah pertahanannya," nasihat pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube