SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Pepatah di atas membawa maksud kebenaran pasti akan terungkai di penghujungnya, cuma cepat atau lambat sahaja. Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa curiga dengan perubahan sikap isterinya yang dikatakan rajin bersiap ketika hendak ke pejabat, berbeza daripada sebelumnya. Godaan syaitan boleh menggoyahkan rumah tangga. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, si isteri sebelum ini hanya menampilkan pemakaian yang bersederhana apabila keluar di khalayak umum. "Saya perasan isteri saya baru-baru ni kerap pakai pewangi yang harum. Lepas tu dia rajin mencukur bulu pada badan dia, termasuklah bahagian alat sulit, ketiak dan kaki. Sampai licin dan mulus semua kulit dia. "Sebagai seorang suami, saya mestilah cakna benda bawah kain sebegini. Sebelum ni, isteri selalunya cukur sebulan sekali. Tapi sekarang, hampir setiap hari boleh dikatakan isteri mencukur waktu nak pergi kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah lali suami curang... Siap bawa skandal balik rumah zina di segenap ruang, atas sofa pun jadi! Kini atur strategi nak cerai ARTIKEL BERKAITAN: Maafkan suami kaki betina demi pertahan rumah tangga, isteri remuk hati dapat tahu diri dimadukan semasa hamil 4 bulan "Lagi satu, saya nampak isteri sekali-sekala akan pergi kerja awal sejam daripada kebiasaan, dia tak beritahu saya pun apa sebabnya. "Saya mula syak benda yang bukan-bukan, tapi saya tak terus terjah isteri... cuba kumpul bukti dulu. Saya periksa kamera papan pemuka di dalam kereta isteri, syukur tak jumpa benda yang mencurigakan," katanya. Namun, tindak tanduk kecurangan si isteri akhirnya terbongkar dengan cara yang tidak disangka-sangka. Jangan pertahankan lagi rumah tangga tu... isteri awak dah hilang rasa hormat kepada awak, lepaskan saja dia. WARGA MAYA "Itulah apabila Tuhan nak tunjuk... ada satu hari ni, isteri tertinggal smart watch dekat rumah, dia pakai jam lain ke pejabat. Saya pun terdetik hati nak tengok. "Alangkah terkejutnya saya, mesej pertama yang tertera dekat smart watch tu adalah daripada seorang lelaki berbunyi... wanginya awak hari ni, saya tak kuat la kalau macam ni. "Luluh hati ni, apa yang terjadi selepas tu biarlah saya simpan seorang," ujarnya menutup bicara. Pelayar bertukar pandangan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan kata penguat semangat kepada lelaki itu supaya kekal tabah. "Pelbagai cara kalau nak kantoi main kayu tiga, pada pendapat saya, jangan pertahankan lagi rumah tangga tu. Isteri awak dah hilang rasa hormat kepada awak, lepaskan saja dia. "Bercerai bukan pengakhiran segala-galanya, masih ada kehidupan baharu yang boleh dimulakan. Awak kena kuat tau," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube