suria

Wanita buntu dapat tahu suami Melayu Islam tak sunat, rosak ‘mood’ malam pertama!

Seorang wanita tular selepas mendedahkan suaminya yang beragama Islam belum lagi berkhatan. -Gambar hiasan

BERKHATAN adalah suatu ibadah yang disyariatkan di dalam Islam dan bagi setiap kanak-kanak lelaki, mereka biasanya akan menyempurnakannya sebelum menginjak ke usia remaja.

Malah, ada juga ibu bapa yang turut mengambil inisiatif dengan mengkahatankan bayi lelaki mereka sejurus dilahirkan.

Namun dalam kes-kes tertentu, sebenarnya ada lelaki Melayu beragama Islam yang tidak berkhatan sehingga ke usia dewasa.

khatan 1

Kanak-kanak di Malaysia biasanya berkhatan sebelum masuk ke sekolah menengah. -Gambar hiasan

Perkara itu turut didedahkan oleh seorang wanita menerusi laman X.

Menurut pengadu, suaminya belum berkhatan dan dia hanya mengetahui perkara itu selepas mereka mendirikan rumah tangga.

"Aku baru kahwin tapi wujud ke lelaki belum sunat ni kat luar sana? Suami aku belum sunat, sumpah aku tak tahu nak cakap apa.

Aku tak faham macam mana Melayu Muslim boleh tak bersunat? Kau hidup dalam keluarga yang macam mana?

NETIZEN

"Kami berdua adalah Melayu Muslim. Macam mana aku nak hadap benda ni, nak suruh pergi sunat dulu ke sebelum bersama?" tulis wanita itu.

Perkongsian berkenaan ternyata meraih perhatian ramai pelayar X kerana ia dianggap satu kes yang agak unik dan pelik di Malaysia.

Namun kata netizen, perkara itu tidak mustahil kerana ada ibu bapa yang tidak cakna terhadap hukum agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak ini meraung sambil zikir masa berkhatan, tapi impian mandi air pancut bomba tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: 4 budak lelaki non-Muslim ‘serah diri’ berkhatan, antara yang terawal daftar nama! Mak ayah beri sokongan penuh

"Teringat kawan aku, masa kecil nak sunat dia cabut lari. Umur 25 baru nak sunat.

"Aku tak faham macam mana Melayu Muslim boleh tak bersunat? Kau hidup dalam keluarga yang macam mana?

"Mesti anak manja, kecil-kecil menangis tak mahu sunat, akhirnya sampai ke tua," tulis beberapa pelayar X.

Dalam pada itu, seorang lagi wanita turut berkongsi kisah tunangnya yang berkhatan sebelum memeluk agama Islam.

Menurut wanita itu, banyak klinik yang menawarkan perkhidmatan itu termasuklah untuk individu dewasa.

khatan

Acara berkhatan diraikan dengan meriah di sesetengah tempat di Malaysia. -Gambar hiasan

"Suami anon yang belum sunat tu, pergi je klinik sunat laser, murah je. Tunang mat saleh saya fly ke Malaysia untuk sunat.

"Saya masak roti jala dengan kari ayam, tak reti buat pulut kuning. Bagi suasana macam raikan orang Malaysia bersunat macam mana. Senang dah ada pengalaman kalau ada anak nanti," tulis individu itu.

Sementara itu menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, khatan merupakan suatu kewajipan untuk dilaksanakan oleh setiap orang Islam.

Hal ini kerana, hikmah pensyariatan khatan adalah untuk menjaga kesucian dan kebersihan secara luaran mahupun dalaman apabila memotong kulit zakar yang menutupi hasyafah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain