SETIAP insan akan melalui cabaran yang berbeza dalam hidupnya, satu perjuangan yang hanya diketahui oleh tuan empunya badan. Antaranya melibatkan kesihatan mental di mana seseorang itu perlu bertarung dengan perasaan dan emosi yang bercelaru di dalam diri. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi masalah depresi yang dialaminya, dikatakan berbeza daripada kebanyakan pesakit. Tidur mencukupi penting untuk kesihatan. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia sukar untuk tidur malam sekiranya biliknya terlalu senyap atau hening daripada bunyi bising. "Akan timbul rasa gelisah kalau bilik tidak ada bunyi seperti kipas, angin, muzik dan lain-lain. "Mungkin ia satu bentuk respons terhadap trauma ditinggalkan atau diabaikan. Suara atau bunyi bising ini menghantar mesej palsu ke otak bahawa saya tidak tidur bersendirian, maksudnya ada peneman di tepi saya. ARTIKEL BERKAITAN: Individu anggap generasi hari ini mengada-ngada! Mak ayah dah sedia semua masih ‘claim’ depresi, sikit-sikit ‘anxiety’ ARTIKEL BERKAITAN: Depresi bergelar janda, anak terharu lihat cara bapa tunjuk kasih sayang - “Bekas suami tak mampu menyamai cinta abah” "Lagi satu, saya perlukan banyak bantal untuk dipeluk dan bilik harus gelap gelita," ujar wanita tersebut. Menjengah ke ruangan komen, warga maya meminta masyarakat supaya tidak memandang janggal terhadap keperluan yang mungkin di luar kebiasaan itu. "Orang yang normal janganlah bagi tanggapan serong terhadap kami, cara ini membantu kami untuk hidup bersama depresi, membantu kami survive dengan keadaan diri yang sebegini. Saya perlu buka movie setiap malam... bukan untuk tonton, tapi bantu saya tidur. WARGA MAYA "Sedangkan orang biasa pun ada cara tidur tersendiri supaya lebih nyenyak, inikan pula kami yang sakit. Anda semua tidak berada di tempat kami, jadi jangan sembarangan berkata-kata," demikian ujar pelayar. Dalam pada itu, pelayar lain yang senasib dengan wanita itu turut berkongsi pengalaman masing-masing. "Betul, saya pun kena ada bunyi-bunyi di dalam bilik tidur, kalau tak minda saya menjadi 'bising', bermacam suara yang bercakap benda buruk akan keluar dalam otak ni. Perkara ini terjadi selepas saya dikhianati oleh pasangan saya. Warga maya bertukar pandangan. "Kalau untuk saya pula, saya tak boleh dengar bunyi yang berulang-ulang, contohnya ketukan pada meja dan siulan, nanti saya jadi tak senang duduk. Terus berdebar hati ni, seolah-olah ada insiden yang akan berlaku. "Sangat memahami, saya perlu buka movie setiap malam, bukan untuk tonton, tapi untuk bantu saya tidur. Bunyi bising ni membuatkan saya tenang," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube