suria

Tengah sedap suap mi segera, wanita diganggu sekumpulan lelaki... Meluat guna tenik mengurat amatur, terpekik dari jauh!

Wanita perlu berwaspada dengan pelbagai ancaman bahaya di luar. -Gambar hiasan

LUMRAH perwatakan lelaki adalah untuk cuba memikat hati wanita yang menarik perhatian matanya.

Namun ia seharusnya berpada-pada supaya tidak melampaui batas sehingga diaggap mencabul maruah kaum Hawa.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi momen menjengkelkan yang dilaluinya ketika menjamu selera.

Kehadiran lelaki miang boleh mengganggu kehidupan harian seorang wanita. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, sekumpulan lelaki yang bermuka tembok cuba mengusik dan memperkenalkan salah seorang daripada rakan mereka untuk dijadikan temannya.

Lebih menimbulkan rasa kurang selesa apabila kaedah yang digunakan kumpulan lelaki terbabit dikatakan agak agresif.

"Ada satu hari ni, saya tengah makan dan buat hal sendiri di tempat awam. Di depan saya waktu tu ada sekumpulan lelaki, tiba-tiba mereka panggil saya dari jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita naik geli, lelaki muda guna teknik ‘low class’ nak mengurat dalam kedai perabot - “Ini perangai jantan lemah... annoying!”

ARTIKEL BERKAITAN: Cair tengok adik BFF senyum, wanita nak jadikan suami! Tak pernah dating, terus bertunang - “Saya mengurat dulu, dia main tarik tali”

"Mereka cakap begini... awak yang tengah makan tu, kawan saya ni suka dekat awak. Saya sejujurnya tak faham motif lelaki buat benda macam ni, kalian ingat kami akan terus jatuh cinta ke?

"Saya pun jadi kaku, tak tahu nak buat apa. Ingat nak sumbat je mi segera yang saya tengah makan ni ke dalam mulut mereka. Rasanya ada cara lebih beradab kot kalau nak mengurat perempuan yang anda minat.

"Tiada perempuan yang senang hati kalau kena flirting macam ni. Kami akan terus tolak mentah-mentah," demikian kata wanita itu.

Kalau betul suka seorang perempuan tu, cuba tegur dia dengan sopan di tempat yang terbuka dan ramai orang.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut mengimbas pengalaman hampir serupa dan berkongsi petua berkesan bagi memenangi hati wanita.

"Cara mengurat sebegini nampak sangat amatur, macam budak sekolah. Sama juga, ada sekali ni saya di KL Sentral, kemudian datang sekumpulan lelaki yang terus-menerus kacau saya, kebetulan waktu tu pula saya tengah lapar.

Warga maya bertukar pandangan.

"Sebab dah rimas sangat, saya terus tunjuk jari tengah je dekat mereka. Terus terkedu masing-masing, ingat saya ni pemalu dan lemah gemalai sangat ke, rasakan lelaki berhidung belang.

"Lelaki kalau betul suka seorang perempuan tu, boleh cuba tegur dia dengan sopan di tempat yang terbuka dan ramai orang. Jangan di kawasan terpencil, nanti perempuan tu fikir bukan-bukan pula.

"Cuba cari topik sesuai nak bersembang, pastikan jangan terlalu peribadi, contohnya restoran yang sedap sekitar situ. Tapi kalau perempuan tu tak berminat nak layan, jangan paksa dan boleh gerak. Mungkin dia sudah berpunya," kata pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain