SIFAT toleransi seharusnya diterapkan ke dalam diri setiap insan yang menyewa bersama rakan atau orang luar. Khususnya daripada aspek kebersihan, memandangkan keadaan rumah yang bersepah boleh menjejaskan keselesaan setiap penghuni di dalamnya. Melalui satu perkongsian di media sosial, seorang lelaki meluahkan rasa kesal dengan sikap rakan serumahnya yang dikatakan pengotor dan sentiasa membiarkan sampah bertimbun di dapur. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Menerusi gambar yang dikepilkan bersama hantaran berkenaan, kelihatan kulit telur, paket pembungkus makanan dan beberapa lagi bahan buangan lain dibiarkan sarat di dalam beg plastik. Malah lebih mengecewakan apabila lelaki berkenaan mendakwa dia mengenali si pelaku sebagai seseorang yang warak, rajin beribadah namun mengabaikan kebersihan yang merupakan sebahagian daripada iman. "Tak faham betul dengan housemate aku ni. Aku tahu siapa punya sampah ni, orangnya rajin bersolat, kalau ada kelapangan masa, dia akan pergi ke surau untuk sembahyang berjemaah. ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa lama tinggal ‘bala’, surat amaran merah penuh peti pos... Suami isteri ketakutan, risau rumah disimbah cat merah! ARTIKEL BERKAITAN: ‘Owner’ nak buat renovasi, arah penyewa sarat hamil pindah sementara! Lepas 2 bulan minta duit sewa walau tak menghuni "Tapi itulah, apabila masuk bab kebersihan, hauk jadinya," kata lelaki terbabit menyuarakan ketidakpuasan hati. Berkemungkinan sudah mati akal untuk menegur tabiat buruk individu tersebut, kelihatan sekeping kadbod ditampal pada dinding yang tertera mesej pedas di atasnya bagi makluman bersama. "Abang, tolong buang sampah masing-masing, bukan abang seorang je yang menyewa dekat sini," ujar notis pemberitahuan itu. Perbandingan sebegini seolah-olah nak memburukkan agama, cukuplah kita tegur kesalahan mamat tu seorang. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya mempersoalkan tindakan lelaki itu mengaitkan ibadah solat dengan topik kebersihan rumah sewa. "Solat itu sememangnya kewajipan, semua yang beragama Islam kena buat. Tak perlu kot nak kaitkan dengan sikap orang yang pengotor, itu atas individu masing-masing. "Perbandingan sebegini seolah-olah nak memburukkan agama, cukuplah kita tegur kesalahan mamat tu seorang," sanggah pelayar. Warga maya bertukar pandangan. Dalam pada itu, netizen lain memberikan peringatan untuk berwaspada dengan penampilan atau perwatakan seseorang kerana ia tidak melambangkan kebersihan peribadi. "Bukan setakat lelaki je, perempuan lagi la kena berhati-hati. Nak keluar rumah bukan main pakai pewangi semua, baju cantik bagai nak rak, hanya housemate yang tahu perangai sebenar dia di rumah. "Perempuan macam ni mereka banyak habiskan masa untuk cantikkan diri sendiri, tiada masa untuk jaga kebersihan tempat tinggalnya," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube