suria

HR cuai silap agih elaun, wanita baru bersalin nekad simpan semua duit! Pertikai kenapa pula staf kena bayar balik

Janganlah kita mengambil sesuatu yang merupakan hak orang lain. -Gambar hiasan

MENGAMBIL sesuatu yang bukan kepunyaan kita ternyata salah dari segi moral dan etika.

Bagi mereka yang beragama Islam pula, umum mengetahui haram hukumnya menggunakan harta seseorang tanpa kebenaran, apatah lagi mengambilnya.

Bagaimanapun, melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita menunjukkan sikap keras kepalanya apabila mahu menggunakan wang milik orang lain bagi kepentingan peribadi.

Ibu hamil kebiasaannya diberikan cuti bersalin selama tiga bulan. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, wang berkenaan secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaunnya gara-gara kesilapan staf bahagian sumber manusia (HR) di syarikatnya.

"Aku nak minta pendapat, syarikat aku tersalah bayar elaun Penunjuk Prestasi Utama (KPI) ke dalam akaun aku. Ketika kejadian tu, aku tengah cuti bersalin. Sekarang ni HR minta aku bayar semula elaun tu dekat syarikat.

"Alasannya aku tak layak dapat elaun tu sebab aku tengah cuti bersalin. Masalahnya HR yang tersalah bayar dekat aku sampai dua bulan, bukan silap aku pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup musnah lepas ‘sign’ satu dokumen, individu ini diambang muflis! Rupanya rakan kongsi ‘sakau’ duit bisnes, siap tubuh syarikat lain

ARTIKEL BERKAITAN: Mak BF suruh bayar bil Astro, pinjam duit beli barang dapur... Waktu minta bayar hutang teman lelaki bagi ayat ‘makan dalam’

"Kenapa aku pula yang nak kena bayar balik duit tu?" soal wanita tersebut yang nekad mahu terus menyimpan wang itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menasihati wanita itu supaya akur dengan arahan syarikat.

Walaupun aku boleh je tutup mata dan guna duit tu senyap-senyap, tapi aku tahu tak berkat.

WARGA MAYA

"Awak liat sangat nak bayar ni mesti sebab dah habis guna duit tu kan. Waktu bulan pertama dapat duit tu, awak tak ada langsung timbul rasa sangsi ke nak periksa, ingat rezeki jatuh segedebuk dari langit?

"Ingat, itu bukan duit awak, boleh jatuh haram kalau awak tetap guna dan enggan bayar semula. Dah la awak baru dapat cahaya mata, cuba tunjuk contoh yang baik sikit. Duit ni akan jadi sebahagian daripada darah daging.

Pelayar bertukar pandangan.

"Bayangkan awak tersilap transfer duit masuk salah akaun, lepas tu orang tu tak nak pulang semula dan bagi jawapan macam ni, awak rasa boleh terima ke? Lagipun dah termaktub dalam akta, awak bayar semula atau tolak gaji, pilih salah satu.

"Dulu aku pernah juga, dah beberapa bulan berhenti syarikat, tapi gaji tetap masuk. Walaupun aku boleh je tutup mata dan guna duit tu senyap-senyap, tapi aku tahu tak berkat. Jadi aku pulangkan balik kesemua duit tu," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia