suria

Dirogol bapa saudara ketika usia 14 tahun sampai hamil kembar... Mak ayah ‘buang’ mangsa, anggap pemusnah karier pakcik

Keluarga sepatutnya menjadi tempat untuk anak bergantung harapan. -Gambar hiasan

SEHARUSNYA keluarga menjadi tempat untuk anak berlindung dan bergantung harapan apabila dilanda masalah.

Namun tidak bagi wanita ini yang dirogol oleh bapa saudara ketika berusia 14 tahun sehingga melahirkan kembar lelaki dan tragedi hitam itu masih jelas dalam ingatannya biarpun sudah 14 tahun berlalu.

Menurut wanita ini, lebih menyedihkan apabila ibu bapa bagai menyalahkan dirinya menjadi mangsa dirogol, sekali gus menggelapkan masa depan pelaku apabila dijatuhi hukuman penjara.

Selepas episod hitam itu, dia cuba bangkit meneruskan kehidupan bersama keluarga angkat dan kini sudah berkahwin serta sedang hamil.

“Benda yang paling aku tak boleh terima adalah orang luar tuduh aku hamil sebab enjoy. Katanya kalau dua-dua enjoy baru jadi baby,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial.

Wanita ini dirogol oleh bapa saudaranya ketika berusia empat tahun sekitar empat belas tahun lalu. - Gambar hiasan

Seorang gadis dirogol bapa saudaranya ketika berusia 14 tahun. -Gambar hiasan

Mengimbas kembali penderitaan hamil pada usia muda, wanita ini berkata dia akan dilindungi oleh polis dan jururawat setiap kali ke klinik untuk pemeriksaan, tetapi masih dapat mendengar kata-kata kurang enak daripada orang sekeliling mengenai kehamilannya.

“Nak anggap aku overthinking pun tak boleh sebab aku dengar apa orang cakap.

“Macam muda lagi budak tu, mana bapanya? Mesti anak luar nikah, kena penjara dan sebagainya. Sehingga, polis yang bawa aku tu pindah duduk ke tempat lain,” katanya.

Wanita ini menambah, dari pusat perlindungan dia akan diiringi dua anggota polis seorang lengkap beruniform dan seorang lagi berpakaian biasa.

Kongsi wanita ini lagi, perjalanan kehamilan juga tidak mudah kerana berdepan pelbagai komplikasi dan lemah seluruh badan.

“Masa baby enam bulan, aku macam separuh mati, sesak nafas, makan tak boleh, minum terkeluar balik dan kena pakai lampin pakai buang. Masa ni nurse dengan doktor memang extra concern.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 15 tahun dirogol, bapa saudara disyaki mabuk

ARTKEL BERKAITAN: Guru mengaji hadapi 17 tuduhan rogol, amang seksual 2 beradik

“Sampai polis pun marah nurse ambil darah dua kali. Masa tu memang aku ingat mati je. Tapi semua orang baik sangat-sangat,” luahnya.

Selepas melalui penderitaan ini, dia akhirnya melahirkan sepasang kembar lelaki pra-matang pada usia tujuh bulan disebabkan saiz bayi terlalu besar.

Ketika proses bersalin, dia ditemani seorang anggota polis yang hadir sebagai waris.

Namun, apa yang menyedihkan apabila ibu bapa marah dan menuduh dia sengaja mahu membunuh bayi berkenaan kerana proses pengguguran boleh dibuat di usia kandungan tiga dan tujuh bulan.

Katanya, waktu melawat di pusat perlindungan ditetapkan sebanyak empat kali seminggu namun ibu bapanya hanya sekali datang menjenguk, sambil menunjukkan video bagaimana nyawa bayi dalam kandungan dicabut.

“Diaorang ingat aku nak buat macam tu dekat anak aku padahal sumpah tak. Aku memang tak boleh carry on. Setiap malam badan sejuk, demam badan bergetar, kencing mengalir tanpa aku sedar, sembelit lagi.

Masa usia 12 tahun, kami jelaskan yang ayah mereka seorang perogol.

MANGSA ROGOL

“Setiap malam kakak yang ada dekat pusat akan sapu ubat sambil pujuk aku untuk tahan,” ujarnya.

Jelasya, dia tidak dapat memberikan susu badan kepada dua bayinya, namun bersyukur ibu angkat mereka mempunyai susu selepas mengambil ubat.

Parents yang ambil anak-anak ni umur masing-masing 46 tahun dan 51 tahun. Mereka sudah berkahwin selama 27 tahun tapi tak ada anak. Lepas ambil anak aku, diaorang offer aku jadi anak angkat.

“Tapi aku tolak sebab aku tak mau tengok muka anak-anak. Aku takut ternampak bayangan pakcik.

"Alhamdulillah, muka anak-anak aku macam muka parents angkat. Kami tak ada darah Cina, tapi muka anak-anak sebiji Cina," katanya.

Bayi kembar dilahirkan diserahkan kepada pasangan angkat. - Gambar hiasan

Bayi kembar yang dilahirkan diserahkan kepada pasangan angkat. -Gambar hiasan

Tambahnya lagi, kembar tersebut bakal menyambung pendidikan peringkat A Level pada tahun hadapan manakala ibu bapanya masih berjumpa dengan cucu mereka serta cuba memujuk dua remaja itu supaya menerima bapa mereka.

Isteri kepada bapa saudaranya juga didakwa giat 'memperjuangkan hak' seorang bapa dan anak namun mahkamah mengeluarkan perintah pasangan itu untuk menjaga jarak daripada wanita ini.

"Sekejap je. Pejam celik dah besar. Masa usia 12 tahun, kami jelaskan yang ayah mereka seorang perogol.

"Jadi bila parents aku nak buat anak-anak rasa serba salah derhaka pada ayah, mereka tak layan.

“Sebelum ni, parents aku jumpa anak-anak setiap enam bulan sekali, tapi masuk usia 15 tahun anak-anak sendiri tak nak jumpa sebab asyik cerita fasal bapa,” jelasnya.

Wanita ini menjelaskan, bapa saudaranya dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan sudah berkahwin dengan memiliki lapan anak perempuan serta seorang anak lelaki.

“Pakcik (bapa saudara) masuk penjara umur 28 tahun dan keluar 35 tahun. Keluarga masih marah sebab aku didakwa merosakkan masa depan dia (bapa saudara) sebab lesen kena tarik. Dulu dia kerja arkitek.

Parents aku dua pupu, kongsi keluarga yang sama. Jadi aku terbuang," ujarnya.

Wanita ini bagaimanapun bersyukur walaupun dibesarkan dalam keluarga yang tidak menghargainya, tetapi mempunyai keluarga angkat yang mengasihi dirinya bahkan dikelilingi orang yang baik.

"Selepas projek suami berkembang, dia akan WFH (work from home) teman aku. Parents angkat anak-anak pula excited katanya nak dapat cucu sulung," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia