suria

Dari sekolah rendah sampai masuk IPT, gadis rimas cikgu anak 5 tak putus asa mengurat... Selalu puji cantik, ajak keluar makan

Pelajar tak tahan diganggu guru di media sosial. -Gambar hiasan (kanan)

SEBUT sahaja sekolah perkara pertama yang terlintas di fikiran masing-masing adalah tempat menimba ilmu, bukan tempat mencari jodoh terutamanya buat para guru.

Sebagai pendidik, guru perlu menunjukkan akhlak terpuji dan bukannya mencuba nasib dengan 'memancing' anak murid untuk dijadikan calon isteri.

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berkongsi pengalaman diganggu oleh guru yang sudah berstatus suami dan bapa kepada lima anak sejak dari bangku sekolah rendah.

Perkongsian mesej guru kepada anak murid.

Perkongsian mesej guru kepada anak murid.

"Cikgu ni start (mula) ajar i (saya) dari darjah satu subjek Pendidikan Jasmani dan darjah empat dia ajar i Sains, masuk darjah lima dan enam i dah tak jumpa dia dah sebab dah masuk sesi pagi.

"Dia selalu gurau dengan i sebab i ni ada RBF (mimik muka tidak mesra), jadi dia selalu ingat i ni garang dan selalu suruh i senyum sebab katanya muka i ni muka marah je memanjang. Waktu tu i anggap benda tu normal la cikgu nak gurau," katanya memulakan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda rimas diganggu guru besar sekolah anak! Bersongkok 24 jam tapi gatal... Siap suruh masuk ofis, ajak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula tegur di kantin, offer rumah sewa, akhirnya cikgu gatal lamar pelajar jadi isteri no 2 - “Ajak makan depan rakan-rakan tapi nak belanja saya seorang saja”

Pelajar itu berkata apabila memasuki sekolah menengah, guru terbabit mula mengikutinya di media sosial dan kemudian memulakan perbualan di ruangan mesej.

"Dia request follow (mohon mengikuti) dan i pun accept (terima), ye lah sebab dia cikgu i dan i pun pernah jadi murid dia jadi macam rude (kurang ajar) pula kalau tak accept.

"Kemudian daripada tanya pasal life update (kehidupan terkini) i, tiba-tiba tanya pasal personal questions (soalan peribadi) yang i rasa seorang guru tak patut tanya kepada anak murid dia, jadi disebabkan i tak selesa i pun remove (buang) dia dari Instagram," katanya.

I tak faham kenapa dia boleh mesej macam tu siap ajak keluar sarapan sekali sedangkan dia ada isteri.

PELAJAR IPT

Wanita itu memaklumkan, guru berkenaan tidak pernah berputus asa dan masih memohon untuk mengikutinya di media sosial walaupun sudah dikeluarkan dari senarai pengikut..

Menyangka guru berkenaan sudah berubah dia bersetuju untuk guru itu sekali lagi menjadi salah seorang pengikut di media sosial namun, guru sangkaannya meleset.

"After that (selepas itu) i terpaksa block (sekat) dia terus sebab rasa tak selesa sangat, i sempat la stalk account (tinjau media sosial) dia dan nampak dia banyak post pasal famili dia.

"Tapi i tak faham kenapa dia boleh mesej macam tu siap ajak keluar sarapan sekali sedangkan dia ada isteri, dan bagi yang nak kata i ni melayan, u (awak) boleh judge (hukum) sendiri cara i reply (jawab) mesej dia tu nampak macam melayan atau tak," katanya.

Reaksi netizen

Reaksi netizen.

Pelajar itu kemudian berkongsi mesej gurunya yang antara lain bertanya berkaitan teman lelaki, memuji kecantikan dan mengajaknya keluar bersarapan.

Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya terutama golongan wanita yang berkongsi pengalaman hampir sama diganggu oleh guru mereka sendiri.

"Teringat dulu tingkatan satu, ada cikgu ni gatal sungguh. Ada sekali tu dia suruh i kutip buku latihan hantar pergi meja dia. Masa dekat bilik guru tu, tiada guru lain. Dia seorang je. Sempat lagi cikgu ni pegang bahu dan pinggang i.

"Nak nangis wei. Tapi bodohnya i tak beritahu sesiapa. Sejak hari tu i cuba mengelak dari cikgu ni. Cikgu ni asal ada kesempatan jer, suka sentuh-sentuh.

"Kenapa kebanyakan cikgu gatal eh? Pernah ada kenal seorang laki ni dia guru, tapi sekarang tak dah, gatal semacam, baru kahwin pun still (masih) nak ngorat. Sebaik kantoi kahwin dah," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain