suria

Isteri akhirnya jumpa punca kerap gaduh dengan suami, minta kaum wanita percaya bahaya penyakit ain

Seorang wanita mendakwa penyakit ain menjadi punca perbalahan dengan suami. -Gambar hiasan

SERING berkongsi foto suami, isteri atau pasangan di media sosial mungkin dianggap biasa bagi sesetengah orang.

Namun bagi seorang wanita, tindakan menunjukkan kebahagiaan di media sosial terbukti mengundang cabaran dalam rumah tangganya.

Menurut wanita ini di laman Threads, dia pernah melalui fasa di mana setiap kali foto suami dikongsi di media sosial, pasti akan berlaku pergaduhan kecil antara mereka.

Ramai pasangan suka tayang kebahagiaan di media sosial. -Gambar hiasan

"Waktu dulu hampir setiap kali saya expose (tunjuk) suami, maka kerap la juga kami bergaduh," luahnya.

Namun, segalanya berubah apabila wanita ini mula menyedari tentang kewujudan penyakit ain (mata).

Untuk makluman, penyakit ain sering dikaitkan dengan pandangan penuh iri hati atau hasad dengki seseorang serta mampu membawa mudarat kepada orang yang dilihatnya.

Selepas membaca lebih lanjut tentang perkara ini, wanita itu memutuskan untuk tidak lagi mendedahkan gambar suaminya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Amalan berwuduk antara 6 langkah dapat elak penyakit sumpahan mata akibat pujian manusia

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah agam mewah tepi jalan nampak suram... Panahan penyakit ain punca pemilik asal lumpuh, disihir orang terdekat

"Lepas tu saya ada terbaca tentang penyakit ain dan saya mula cuba tak expose. Alhamdulillah, berhasil," katanya, sambil menambah pertengkaran yang berlaku hanya sekadar 'gaduh-gaduh manja'.

Menariknya, dia turut mengakui ada kalanya sengaja memuat naik foto berdua dengan suami jika sudah lama mereka tidak bergaduh.

"Kalau dah lama tak bergaduh, saya sengaja je la post gambar berdua.

Lepas saya post story gambar sama, mesti bergaduh.

NETIZEN

"Ada tak anda macam ni juga? Atau semua masih tak perasan? Atau 'ain' tak nak pergi dekat anda?" katanya berseloroh.

Tambahnya lagi, selepas menyedari keberkesanan cara itu, dia juga memilih untuk memuat naik hanya sebahagian wajah suaminya di media sosial.

Hantaran dikongsikan wanita ini turut mendapat pelbagai respons netizen terutama golongan isteri.

Rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya dengan berkongsi pengalaman hampir sama terjadi dalam rumah tangga mereka.

Komen netizen di Threads.

"Macam betul la cakap awak. Saya ada muat naik gambar suami dan post la apa yang dia bagi atau belanja makan kan.

"Saya cakap terima kasih. Kan cara setiap orang nak menghargai pasangan ni lain-lain.

"Lepas saya post story gambar sama, mesti bergaduh. Jadi mesti ada yang tak suka dengan kami kan," komen netizen tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain