APABILA hidup berjiran, kita sepatutnya cakna tentang hal-hal yang berlaku di sekeliling kita. Contohnya jika berlaku aktiviti jenayah, kita wajar untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Di Facebook, seorang individu berkongsi tentang jirannya yang disyaki kerap memukul anak. Jiran yang baik akan sentiasa mengambil tahu tentang hal sekeliling. -Gambar hiasan Menurut pengadu, kejadian itu berulang beberapa kali, menyebabkan dia risau dan terpanggil untuk membantu. "Saya nak tanya, saya ada jiran yang selalu pukul anak dia. Pukul tu pukul yang kerap dan teruk sampai anak menangis. "Saya tahu sebab saya dengar saja, bukan saya tengok depan mata. Banyak kali saya dengar, bukan sekali atau dua kali. Saya rasa kesian sangat. Siasat dulu. Tengok depan mata. Kadang budak ni kuat drama, macam anak saya. NETIZEN "Jadi apa saya boleh buat sebagai orang awam? Apa yang saya risau, bila report, mak budak tu pukul lagi kuat atau buat lagi teruk," tulis pengadu. Dia berkongsi hal itu menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM). Di ruangan komen, pelayar Facebook yang terdiri daripada golongan ibu bapa meminta pengadu mendapatkan bukti sebelum membuat laporan polis. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang jiran bawah tuduh anak tarik kerusi tengah malam... Siap update status WhatsApp! - “Dah seminggu aku dekat kampung” ARTIKEL BERKAITAN: Nampak muka terus hempas pintu! Pemuda sakit kepala hadap perangai pelik jiran-jiran berusia... Dilayan dingin lepas pindah masuk "Kena tengok depan mata, ada tak kesan lebam. Sebab anak saya kuat drama. Tak dapat tengok kartun pun melalak macam kena dera. "Siasat dulu. Tengok depan mata. Kadang budak ni kuat drama, macam anak saya. "Anak sulung saya dulu, nak bagi mandi pun melalak macam kena dera," tulis netizen. Kanak-kanak tidak sepatutnya menjadi mangsa keganasan. -Gambar hiasan Ada juga pelayar Facebook yang menyarankan pengadu supaya menziarahi kediaman jirannya bagi menyiasat perkara itu. "Apa kata sis kerap-kerap sikit hantar makanan kat jiran. Sambil-sambil tengok dia. Kalau ada lebam, baru laporkan. "Kalau nak tahu, buat-buat la sedekah apa-apa kat rumah dia, makanan ke. Sambil tu tanyalah kalau ada masalah," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube