suria

Motosikal mati tiba-tiba, pemuda bersangka baik dengan Allah... Rupanya hampir masuk waktu Maghrib, kejadian pula depan masjid

Pelbagai cabaran perlu ditempuhi sebagai seorang penghantar makanan. -Gambar hiasan (kiri)

TIADA panggilan sepenting seruan Ilahi.

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang pemuda yang juga penghantar makanan dilihat cuba mencari hikmah di sebalik ujian yang menimpanya.

Menerusi video tersebut, kelihatan motosikal ditunggang pemuda berkenaan terkandas di bahu jalan raya kerana kehabisan minyak.

Lokasi masjid dan stesen minyak yang berdekatan.

Walaupun rintangan itu menyebabkan urusan pekerjaannya tergendala seketika, pemuda terbabit tidak merungut, malah menganggap ia sebagai satu cara untuk Tuhan 'menegurnya'.

"Minyak habis, aku boleh pula tak perasan dekat meter. Tapi cantik je motor aku berhenti, betul-betul depan masjid, waktu Maghrib pun baru nak masuk. Seberang jalan sana ada stesen minyak lagi, sejengkal je solusi untuk aku.

"Cantik aturan Tuhan, aku anggap ini peringatan Tuhan untuk aku pergi menghadap Dia dulu, sebelum teruskan dengan hal duniawi. Jangan terburu-buru mengejar rezeki, sampai tercicir yang akhirat," kata pemuda itu penuh hikmah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider lalui hari ‘malang’, serba serbi tak kena dalam sehari... Nak solat pun ada halangan, akhirnya dapat rasai hikmah ujian

ARTIKEL BERKAITAN: Demi bayar hutang ah long, sekeluarga ‘hilang’ kereta... Isteri anggap ada hikmah, suami berhenti merokok nak berjimat

Pada ruangan kapsyen, pemuda tersebut turut menitipkan pesanan kepada orang ramai yang mungkin sedang terbeban dengan pelbagai permasalahan kehidupan.

"Percayalah, takdir Allah itu indah. Waktu aku bekerja sebagai penghantar makanan sekarang ni, kerap juga aku tertanya-tanya ke mana hala tuju hidup aku nanti.

"Siapa je yang tak risau tentang soal kerjaya, pendidikan, duit, rezeki, hidup dan mati. Perasaan gundah-gulana ni tak akan pernah hilang, melainkan kita serahkan semuanya kepada Allah, biar Allah aturkan sebaik mungkin.

MasyaAllah cantik sangat ketentuan Allah, sejak dari itu, aku dah tak bersangka buruk lagi dengan Tuhan

WARGA MAYA

"Tugas kita hanya berusaha dan berdoa, jangan putus asa," coretnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya dilihat menghargai perkongsian pemuda itu yang menanam rasa keinsafan.

"Bukan senang nak ada perspektif seperti adik ni. Kita kalau ditimpa ujian, mesti akan rasa semua benda serba tak kena, seperti mahu marah kepada Tuhan. Nak cuba mencari hikmah tu memerlukan keimanan yang tebal.

Warga maya bertukar pandangan.

"Pernah juga terkena situasi macam ni, kereta aku rosak dekat lebuh raya, tapi nasib baik dah dekat dengan kawasan rehat dan rawat (R&R). Aku boleh berhenti solat dan makan, siap ada orang hulurkan aku lagi RM500 untuk baiki kereta.

"MasyaAllah cantik sangat ketentuan Allah, sejak daripada itu, aku dah tak bersangka buruk lagi dengan Tuhan," ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain