PANDANGAN mata orang luar ada kalanya dapat merungkai sesuatu yang terbuku jauh di sudut hati. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang pemuda terkejut dengan teguran wanita lanjut usia yang berbangsa Cina terhadapnya. Menurut pemuda itu, situasi berkenaan berlaku ketika dia sedang membayar kos penyelenggaraan keretanya apabila dia diajak berbual oleh wanita tersebut. Perwatakan luaran ada kalanya tidak sama dengan isi hati di dalam. -Gambar hiasan "Selepas servis kereta hari tu, saya pun pergi ke kaunter nak buat pembayaran. Saya berurusan dengan seorang aunty ni yang jadi juruwang, tiba-tiba dia cakap macam ni dekat saya... awak ni mesti orang yang banyak sabar. "Terkedu kejap saya, padahal muka saya gembira je, saya pun tanya semula... kenapa aunty cakap macam tu? Aunty tu jawab begini... saya boleh tau ma, awak banyak senyum, tapi ketika senyum tu awak banyak bersabar dengan hidup. "Saya pun angguk sambil terus membisu, saya senyum dan cakap terima kasih lepas bayar. Saya tak tahu kenapa aunty tu boleh cakap macam tu, tapi saya sangat hargai kata-kata yang dilontarkannya. ARTIKEL BERKAITAN: Hajat termakbul di Makkah, terkedu wanita mirip arwah nenek muncul depan mata - "Rasa nak peluk je makcik tu" ARTIKEL BERKAITAN: Makcik selekeh terkocoh-kocoh naik LRT, minta tunjuk arah! Wanita geram, punyalah ramai penumpang tiada siapa sudi bantu "Sememangnya banyak benda yang tengah berlaku dalam hidup saya sekarang ni," akui pemuda itu dengan rasa hiba. Menjengah ke ruangan komen, warga berkongsikan pengalaman masing-masing yang hampir serupa Dia boleh tahu seseorang tu cerdik, mudah kena tipu atau jujur dengan hanya sekilas pandang. WARGA MAYA "Orang tua ni banyak makan garam. Macam nenek saya dulu, dia selalu duduk diam je memerhati, tapi apabila dia bercakap dengan saya, mesti apa yang dinasihatkan tu akan kena ke hati. "Macam untuk kes aunty tu, mungkin dia dah selalu pegang bisnes dan berurusan dengan orang, itu sebabnya dia mudah nak baca air muka kita. Ramai ahli perniagaan saya perasan ada kebolehan macam ni. Pelayar bertukar pandangan. "Dia boleh tahu seseorang tu cerdik, mudah kena tipu atau jujur dengan hanya sekilas pandang pada raut wajah. Tak perlu kenal lama pun. "Pernah sekali ni, ada seorang aunty cakap kawan saya muka orang senang kena perdaya. Sekali betul, tak lama selepas tu, bermacam jenis scam dia terjebak. Tepat sekali ramalan aunty tu," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube