suria

Ibu angau bercinta dengan pemuda kerja di London, terpesona tengok gaji juta-juta! Anak komplot dengan rakan demi halang hubungan

Seorang wanita bimbang ibunya terjerat dengan janji manis scammer. -Gambar hiasan

PENGORBANAN ibu bapa perlu dikenang walaupun mereka tidak mengharapkan balasan apabila mengasuh, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Seperti wanita ini, dia juga ingin melihat ibunya gembira dan bahagia lebih-lebih lagi selepas kematian bapanya.

Namun, apa yang membuatkan dia gusar adalah status kenalan lelaki ibunya yang meragukan.

Wanita ini memberitahu, ibunya yang merupakan ibu tunggal mula berkenalan dengan seorang lelaki di Facebook yang mendakwa dirinya berasal dari Puchong dan sedang bekerja di London dalam bidang cari gali minyak dan gas.

Menerusi 'siasatan' dilakukan secara senyap menggunakan WhatsApp Web, wanita ini memberitahu ibunya sudah berkenalan dengan lelaki berkenaan sejak awal November lalu dan mula berbalas mesej pada 15 November 2024.

Wanita ini memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp antara ibu dengan kenalan lelakinya.

Wanita ini memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp antara ibu dengan kenalan lelakinya.

"Korang yang duduk jauh, tolonglah jenguk mak ayah setiap minggu. Kena check telefon mereka, tanya kalau ada kawan baharu ke. Kena ambil tau.

"Sekarang ni semua aku dah link dengan email aku. WhatsApp dia (ibu) pun aku buat WhatsApp Web. Nombor dah tukar. Facebook dia aku dah buat baharu dan kata laluan semua aku tahu. Facebook lama dia aku dah padam," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak susah hati tengok ibu hangat bercinta... Sanggup gadai emas, berhabis duit gaji untuk kekasih ‘pilot’ luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik sangat... Pengantin lelaki sorok muka atas pelamin, anak buah tak sedap hati! Rupanya masuk jerat scammer!

Percaya ibunya berkawan dengan scammer, dia bersepakat dengan seorang rakan yang membuat panggilan dan memberitahu bahawa terdapat barang diletakkan atas namanya berkaitan dadah.

"Aku minta kenalan aku untuk call, beritahu yang ada barang sampai atas nama mak aku, dalam tu ada dadah. Lepas 'diugut' dan takutkan kata nak tahan mak untuk ambil keterangan, mak dah takut.

"Mak aku terduduk terus. Dia sedar dah kena scam. Aku pun layan je, tak ada marah dan bermain dengan emosi. Aku tunjuk profil En Sophian (lelaki didakwa scammer). Pada masa sama aku ugut kes ni melibatkan istana dan salah guna identiti. Nanti mak kena tuduhan lain pula.

"Aku tanya mak nak ke di hujung usia ni, habiskan masa dalam penjara? Aku umpan guna cucu dia (ibu) pula. So mak memang dah takut dan dah sedar. Alhamdulillah," cerita wanita ini.

Mak aku terduduk terus. Dia sedar dah kena scam.

ANAK

Menurut wanita ini lagi, dia bersyukur kerana ibunya sempat diselamatkan daripada menjadi mangsa scammer.

"Tiada kehilangan nyawa. Syukur. Thanks kat kawan aku tu buat suara macho dan tegas. Hahaha kalau ingatkan balik memang kelakar. Lakonan aku juga mantap.

"Lagi satu, aku dah pada semua media sosial mak aku termasuk WhatsApp. Dia serah kat aku telefon dia bulat-bulat.

"Baru aku nampak ibu aku yang sebenar, wanita yang aku panggil mak selama 38 tahun. Lebih tenang, lebih gembira walaupun dia masih rasa macam diperbodohkan," jelasnya.

Lelaki berkenaan didakwa menggunakan gambar individu lain untuk memikat ibunya selain memberikan data peribadi palsu.

Lelaki berkenaan didakwa menggunakan gambar individu lain untuk memikat ibunya selain memberikan data peribadi palsu.

Menurut wanita ini, sebelum ini lelaki berkenaan 'mengumpan' ibunya dengan memberitahu dia memperolehi pendapatan bulanan AS$2 juta (RM9.1 juta) dan menunjukkan surat tawaran kerja.

Bagi membuktikan ibunya ditipu, si anak cuba berkongsi tangkap layar wajah lelaki itu yang didakwa menggunakan wajah individu lain memakai kemeja batik biru untuk memperdaya ibunya.

Jelas wanita berasal dari Kedah ini, scammer berkenaan menggunakan gambar seorang lelaki yang dilihat mempunyai pengaruh dalam aktiviti politik tempatan.

"Lelaki berbaju biru tak salah, tapi gambar dia (lelaki dalam gambar) dicuri dan digunakan untuk scam orang.

“Saya juga buat kajian, keluar gambar lelaki ini (dalam gambar) dengan semua aktiviti politik bersama kerajaan dan Agong terdahulu,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain