suria

Peniaga nasi lemak lobster kini mampu bina rumah sendiri, taja pakej umrah! Bakal perkenal sambal king crab tahun depan

Juraida menganggap 2024 sebagai tahun bertuah buatnya.

RAMAI peniaga makanan meraih populariti luar biasa selepas video yang mereka hasilkan tular dan menerima jutaan tontonan di media sosial.

Tuah turut menyebelahi seorang peniaga nasi lemak udang galah dari Dungun, Terengganu apabila dia memanfaatkan aplikasi TikTok untuk tujuan promosi.

Pemilik gerai Umi Nasi Lemak iaitu Juraida Mamad menyifatkan 2024 sebagai tahun bertuah buatnya selepas perniagaannya kini semakin dikenali ramai.

UMI 2

Juraida menggunakan TikTok untuk menaikkan perniagaannya.

"Alhamdulillah rezeki tahun 2024 Allah berikan kepada saya untuk dikongsikan dengan keluarga. Jualan tahun 2024 paling tinggi dan lobster menjadi menu paling laris.

"Sehari biasanya saya dapat jual 15 ke 20 ekor lobster. Tapi ada satu hari dalam tahun ini, saya berjaya menjual 50 ekor lobster. Jualan laris ketika musim cuti," ujarnya kepada mStar.

Menurut bekas akauntan itu, dia juga merancang menu baharu untuk tahun 2025 dengan harapan perniagaannya akan terus konsisten dan menjadi pilihan ramai.

Tahun 2024 saya anggap mencabar sebab beberapa kali kena kecam.

JURAIDA MAMAD

PENIAGA NASI LEMAK

"Insya-Allah saya akan jual king crab juga tahun depan, tapi ia masih dalam perancangan lagi kerana harganya yang agak mahal. Barang mahal, jadi saya tak nak membazir. Kita buat base on booking daripada pelanggan.

"Untuk tahun 2025, saya juga akan teruskan buat content di TikTok. Walaupun kena kecam, saya akan terus ke depan tanpa memandang kecaman. Tahun 2024 saya anggap mencabar sebab beberapa kali kena kecam," ujarnya.

Tambah Juraida, dia juga tiada perancangan untuk membuka restoran, sebaliknya selesa berniaga gerai di atas tapak bersebelahan kedai makan ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas akauntan gembira jual nasi lemak lobster, ada pelanggan sanggup berbelanja sampai RM1,200

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh berniaga macam biasa, peniaga nasi lemak lobster pilih tutup kedai demi bantu mangsa banjir... Simpati ramai kawan terkesan

Antara lain, Juraida berkata dia juga akan membina rumah sendiri menggunakan hasil perniagaannya pada tahun depan.

"Tiada rancangan untuk buka restoran. Saya seronok berniaga tepi kedai ibu. Apabila gerai saya laris, tempiasnya turut dirasai oleh kedai ibu saya. Jadi dapatlah saya berkongsi rezeki dengan ibu dan adik-beradik.

"Apa-apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan mereka dari Brunei, Thailand serta Singapura yang sudi menjadi pelanggan saya. Moga anda semua terus dimewahkan rezeki," ujar Juraida lagi.

UMI 3

Juraida antara peniaga yang menonjol di media sosial sepanjang 2024.

Atas sokongan padu yang berterusan, Juraida juga bakal memilih seorang pelanggannya untuk menerima pakej tajaan umrah yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Juraida mula berniaga selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Populariti peniaga itu naik mencanak selepas video miliknya tular di TikTok sepanjang tahun 2024 sehingga dia turut menerima liputan mStar pada Oktober lalu.

Buat masa ini, Juraida menawarkan menu nasi lemak dengan lauk udang galah yang dijual pada harga antara RM70 hingga RM90, mengikut saiz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain