APABILA mencapai had umur yang dibenarkan, ramai remaja akan mendapatkan lesen memandu sama ada untuk motosikal atau kereta. Persediaan ini penting kerana mereka mungkin perlu memandu sendiri apabila menyambung pengajian atau masuk ke alam pekerjaan. Namun, tak semua individu bernasib baik kerana harga lesen memandu agak mahal, sekali gus menutup peluang bagi yang kurang berkemampuan. Lesen memandu dianggap seperti keperluan, terutamanya buat mereka yang sudah bekerja. -Gambar hiasan Di TikTok, seorang individu turut meluahkan rasa kesal apabila golongan yang tidak mempunyai lesen memandu sering dipandang rendah oleh segelintir insan. "Boleh tak jangan biasakan pandang negatif kepada mereka yang tak buat lesen lagi atau mereka yang sedang dalam proses buat lesen. "Semua orang melalui fasa kehidupan yang berbeza. Jangan disebabkan awak ada apa yang orang lain tak ada, awak boleh kutuk hina orang sesuka hati macam tu. Tak semua dapat peluang buat lesen awal. Sumpah tak chill. PELAYAR TIKTOK "Tu tak kira lagi pasal punca utama kenapa orang tu belum ambil lesen lagi. Ada masalah kewangan, kekangan masa dan sebagainya. "Tak semua dapat peluang buat lesen awal. Sumpah tak chill," tulisnya menerusi perkongsian yang meraih hampir 150,000 tontonan. Di ruangan komen, ramai yang mengakui berada dalam situasi sama apabila mendakwa sering diperlekeh kerana tidak mempunyai lesen memandu. ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun ada lesen masih tak yakin pandu kereta... Wanita teruja BF hadiah stereng mainan ‘drive’ dari tempat penumpang ARTIKEL BERKAITAN: Anak gagal dapat lesen, bapa kata ujian titi sempit ‘bodoh’! Tak pernah lalu walau dah 30 tahun tunggang motosikal "Betul. Aku jadi tertekan sebab semua orang suruh ambil lesen. Aku tahu lesen tu penting tapi santailah. "Selalu kena judge dengan orang sekeliling. Rasa sedih sangat mereka cakap umur 20 lebih tapi tiada lesen. "Saya pun ambil lesen lambat, Kena perli tapi nak buat macam mana, dulu duit tak ada. "Umur 23 tiada lesen, menyusahkan mak ayah kena hantar. Mereka selalu cakap macam ni dekat aku," tulis netizen. Ramai anak muda mahu mendapatkan lesen memandu bagi memudahkan pergerakan mereka. -Gambar hiasan Malah kata netizen, mereka yang tidak mampu memiliki lesen pada usia muda biasanya berasal dari keluarga B40. "Yang ambil lesen awal tu, mak ayah berduit, ada duit lebih. Tapi yang ambil kemudian ni, mereka ada kekangan, pakai wang sendiri. "Aku kalau ada duit, dah ambil lesen dulu dah. Yang lain bolehlah sebab mak ayah bayarkan,"tulis mereka lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube