KES penumpang diusik dan diganggu pemandu e-hailing bagaikan tiada penghujung walaupun pelbagai aduan dan tindakan diambil pelbagai pihak. Terbaharu seorang ibu meluahkan kebimbangannya selepas anak perempuannya yang berusia 20 tahun diganggu seorang pemandu lelaki. Menurut wanita itu segalanya bermula apabila anaknya menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat pengajian. Sepanjang perjalanan, pemandu tersebut mula berkongsi kisah peribadinya, termasuk memberitahu dia sudah bercerai. Seorang gadis masih menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali itu. -Gambar hiasan "Anak saya tempah e-hailing untuk ke tempat belajar. Pemandu lelaki Melayu umur dalam 40 tahun. Lelaki itu cerita dia sudah cerai dekat anak perempuan saya. "Lepas sudah sampai, apabila nak keluar lelaki tu cakap... kalau ada kawan single, bagitahu abang... atau awak pun boleh. Lepas tu anak saya malas layan. "Tapi driver tu minta pula nak chat di WhatsApp, lepas tu anak saya terus pergi je tak layan dia," dakwa si ibu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing sedih, profil pelanggan gadis kolej guna foto kucing... Berani minta di WhatsApp - “Jangan lupa ya gambar untuk pakcik” ARTIKEL BERKAITAN: Naik e-hailing, bayar RM6 dah rasa hebat! Pemandu terkedu diugut penumpang B40 berlagak, simpati bertukar menyampah Apa yang lebih merisaukan, anak gadisnya menerima mesej WhatsApp daripada nombor tidak dikenali sekitar tengah malam hari yang sama. Pemandu tersebut memperkenalkan diri dan mula bertanya lokasi keberadaan anaknya, seolah-olah mahu mengambilnya kembali secara percuma. “Anak saya terus block nombor itu. Tapi keesokan paginya, dia buat panggilan video pula,” jelas ibu tersebut penuh bimbang. Anak saya cerita dia tawarkan nak hantar hari-hari secara percuma. PENGADU Demi menjaga keselamatan anaknya, si. ibu kini sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis dan melaporkan insiden itu kepada pihak pengurusan syarikat e-hailing. "Anak saya cerita dia tawarkan nak hantar hari-hari secara percuma. Anak perempuan saya baru usia 20 tahun. Bukti dia call, chat semua ada," kata si ibu lagi. Kebimbangan yang dibangkitkan wanita itu mendapat pelbagai respons netizen dengan ramai yang turut memberikan pendapat masing-masing. Komen netizen di Facebook. "Sebagai ibu bapa, hubungi pemandu tu dan bagi amaran jangan ganggu anak lagi. Beritahu dia kalau ganggu lagi akan report polis dan kepada syarikat e-hailing. Jika masih ganggu jalan terus dua laporan, cover report dan aduan pada e-hailing. "Jangan biarkan. Lapor polis segera. Zaman sekarang ni sesaat je macam-macam boleh jadi. Lelaki tu akan rasa tercabar setiap kali tak dilayan sebab tu tetap mencuba walaupun dah disekat. "Lelaki tu bermasalah. Pesan dekat anak jangan berseorangan, pergi mana-mana berteman. Takut setiap gerak geri anak diintip," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube