suria

Baru 3 minggu huni flat, wanita nak pindah segera! Tak tahan sikap, mentaliti jiran-jiran... Firasat suami ternyata betul!

Tiga minggu selepas menyewa di flat kos rendah, wanita ini mula tertekan dengan sikap jiran tetangga. -Gambar hiasan

HIDUP berjiran, penting untuk kita mengamalkan sikap saling hormat menghormati, bertolak ansur dan bermuafakat dalam masyarakat.

Namun, zaman sekarang sikap atau nilai-nilai murni ini dikatakan sukar lagi ditemui dalam diri kebanyakan individu.

Seperti perkongsian wanita yang baru berkahwin ini, dia meluahkan rasa menyesal kerana menyewa di flat kos rendah.

Menurut wanita berkenaan, dia mengambil keputusan menyewa kediaman jenis flat dengan harapan dapat menstabilkan kewangan sebelum mencari rumah lebih baik.

Cop parkir dan sampah sarap yang dibuang merata antara permasalahan dialami penduduk menyewa di rumah strata. - Gambar hiasan

Cop parkir dan sampah sarap antara masalah yang sering timbul di rumah flat. -Gambar hiasan

Namun, baru tiga minggu berpindah masuk ke unit yang disewa, pelbagai kisah 'hitam' berlaku sekali gus membuatkan dia tertekan dan bercadang untuk segera berpindah ke rumah lain yang lebih selesa.

“Aku sewa flat kos rendah, rumah cantik, fully furnished. Tenang je duduk rumah. Seminggu dua aku duduk tak ada apa.

“Masuk minggu ketiga, jiran tingkat bawah ketuk pintu jam 6 pagi marah-marah aku sebab air dari singki rumah aku mengalir ke awning rumah dia. Sepatutnya air ke longkang.

“Air terkena baju dia tengah sidai. Ini bukan salah aku dan aku tak tahu,” ujarnya sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kusam, kotor... Penduduk aras 6 flat PPR bangga ada lobi macam hotel! Mak-mak kreatif beri idea, geng lelaki realisasi impian

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk kuarters otai normalisasi cop parking, penghuni baru kena buli! Parkir awam buat 'harta', suka hati block kereta orang

Selain itu, dia juga terpaksa berdepan dengan sikap pemilik kedai runcit di situ yang suka mengumpul sampah sarap di kawasan parkir.

Bukan itu sahaja, penduduk flat berkenaan juga suka cop parkir dengan meletakkan kon, malah ada yang membina bumbung secara kekal.

“Aku letak kereta hadapan kedai runcit dan bertentangan kereta lain. Ada setengah parkir dah kena cop dan berbumbung. Setengah letak kon.

“Habis tu, aku nak parkir mana? Flat sebelah? Jauh aku nak ‘menapak’. Lepas tu uncle ni juga pemilik kedai runcit suka kumpul sampah sarap tengah jalan.

Aku naik rumah, ada orang sengaja letak tahi kucing depan pintu rumah aku.

PENYEWA FLAT

“Aku park belakang sampah sarap dia (uncle kedai runcit), dia kata nanti dia langgar kereta aku. Wah semua tak boleh. Aku malas nak bergaduh, aku iya kan je,” katanya.

Kongsi wanita ini lagi, beberapa hari lalu dia hampir menangis kerana terpaksa meletak kereta di blok sebelah dan berjalan jauh kerana tiada parkir yang kosong.

Sambil berjalan pulang, dia menelefon suaminya untuk meluahkan kesedihan, tetapi sejurus sampai dia terkejut melihat tahi kucing dipercayai sengaja diletakkan di hadapan pintu rumahnya oleh penduduk di situ.

“Aku call laki (suami) aku. Aku mengadu macam-macam sebab dia kerap outstation dan tak tahu apa-apa.

Banyak masalah perlu dihadapi jika memilih untuk menyewa di flat kos rendah. - Gambar hiasan

Banyak masalah perlu dihadapi jika memilih menyewa di flat kos rendah. -Gambar hiasan

“Aku naik rumah, ada orang sengaja letak tahi kucing depan pintu rumah aku. Dari nak menangis terus menangis sambil on call dengan suami aku. Sedih sangat.

“Aku duduk situ sebab nak kukuh ekonomi dulu. Selesai hutang piutang, aku cari la rumah selesa. Memang betul aku cakap tak kisah hidup susah tapi ni macam menyusahkan aku je,” jelasnya.

Wanita ini berkata, suaminya dari awal tidak setuju apabila dia menyatakan hasrat untuk menyewa di rumah flat.

Bagaimanapun kini, selepas apa yang berlaku terhadap dirinya, dia nekad untuk mencari rumah lain yang selesa.

“Aku rasa nak lapor pada MPKJ (Majlis Perbandaran Kajang) biar runtuh bumbung parkir dan mereka (penduduk) semua ada akal dan fikiran. Aku stres!” luahnya.

Perkongsian wanita ini mencuri perhatian warganet dan ramai berkongsi pengalaman masing-masing ketika tinggal di kawasan flat.

“Kebanyakan begitu. Saya dulu duduk flat, dah faham sangat. Semua tak boleh. Bertahun tahan sampai dapat rumah lain.

“Saya teringat masa duduk rumah flat sekitar kawasan Damansara. Setiap parkir ada kon, kerusi, motor, lagi syok barang-barang bengkel pun ada. Sampah campak,” antara komen diberikan.

Sementara itu, ada juga netizen yang tidak pukul rata sikap penghuni flat.

"Hi, awak area mana? I sekarang menyewa kat Bandar Mahkota Cheras. Sini jiran-jiran tak ganggu pun dan tak bising, cuma ada bunyi suasana malam je.

"Tengok jenis low cost, macam saya ni duduk low cost flat juga, rumah 850 sqft tenang, jiran semua baik, owner rumah pun baik.

"Parking memang ada sediakan satu untuk setiap rumah, ada security dan ada visitor parking, tak ada double parking sini tu yang best. Dah nak masuk 3 tahun duduk sini, semua OK setakat ni," komen beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain