KETIADAAN akses serta pendedahan yang kurang menyebabkan ramai generasi terdahulu tidak menerima suntikan vaksin. Namun dalam dunia hari ini, tiada alasan untuk ibu bapa membiarkan anak-anak membesar tanpa perlindungan kesihatan melainkan mereka adalah golongan anti vaksin. Di Facebook, seorang wanita tampil berkongsi cerita mengenai lima anaknya yang tidak diberi vaksin. Kanak-kanak perlu diberi perlindungan kesihatan supaya mereka dapat membesar dengan baik. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, anak-anaknya menunjukkan prestasi akademik yang baik, namun kesemua mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan sejak kecil. "Ada orang beranggapan anak-anak saya sihat sampai boleh berjaya dalam pelajaran walaupun tak ambil vaksin. Mari saya kongsi pengalaman menjaga anak-anak saya yang tidak disuntik vaksin tu. "Yang sulung (ahli farmasi) kena sawan tarik masa umur setahun kerana demam panas. Sampai umur tujuh tahun dia masih berjalan tak betul. Yang kedua (bakal doktor) ada masalah kulit hingga hari ini. Allah juga sedarkan saya bila dua anak saya memilih untuk ke bidang perubatan. IBU "Yang ketiga masalah telinga bernanah masa kecil. Sekarang sebelah telinganya berlubang. Dah buat operation tampal," tulisnya. Selain itu, anak keempat dan kelimanya turut terkena penyakit, dedah wanita tersebut dalam perkongsiannya. Namun katanya, dia hanya menyedari kepentingan vaksin selepas dua anaknya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penerima vaksin bergambar tepi semak, tergaru-garu digigit nyamuk... lelaki ini perjelas isu ‘bawa lari’ plakad ARTIKEL BERKAITAN: Geng antivaksin dipersalahkan jadi punca peningkatan kes Covid-19 "Yang keempat masalah hernia masa umur satu tahun dan kelima pneumonia krtikal sampai masuk unit rawatan rapi (ICU) masa umur dua bulan. "Dia ada masalah asma hingga umur 10 tahun. Saya percaya Allah melindungi anak-anak saya dari penyakit polio, hepatitis dan lain-lain asbab orang lain tetap mengambil vaksin," tulisnya. "Allah juga sedarkan saya apabila dua anak saya memilih untuk ke bidang perubatan. Mereka memang marah apabila tahu saya tak ambil suntikan vaksin untuk mereka. "Tapi apa boleh buat. Saya cakap dekat mereka. Suntiklah sendiri, ayat lepas diri," tulisnya lagi. Tangkap layar perkongsian wanita itu tular selepas ia dikongsi semula oleh seorang doktor menerusi Facebook. Anak merupakan amanah Allah buat ibu bapa. -Gambar hiasan Malah, netizen turut berharap kisah itu dapat membuka mata ibu bapa, khususnya golongan anti vaksin. "Moga perkongsian yang bermanfaat ini menjadi pembuka mata hati bagi yang mahukan kebenaran, Insya-Allah. "Alhamdulillah akhirnya sempat sedar. Yang lepas jangan dikenang, tak boleh putar balik pun. "Perkongsian puan ini penting untuk kesedaran umum yang masih ragu-ragu tentang pengambilan vaksin dan yang sedang terpedaya dengan golongan anti vaksin ni," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube