HASRAT sepasang suami isteri untuk menikmati hidangan dengan aman dan tenang di sebuah restoran terbantut apabila berhadapan dengan insiden yang tidak disangka-sangka. Selera pasangan itu terganggu apabila anak mereka dipegang oleh seorang pekerja di premis berkenaan tanpa kebenaran. Menurut si ibu, ketika kejadian dia bersama suami sedang menikmati hidangan yang turut disertai anak mereka yang baru berusia 10 bulan. Seorang pekerja membuat persiapan di restoran. -Gambar hiasan "Ada ke mak ayah yang okey apabila orang luar tiba-tiba dukung anak awak? Masa tu saya dan suami sedang makan dan anak kami tengah duduk di kerusi bayi. "Ada seorang pelayan yang lalu-lalang suka agah-agah dia, kemudian terus angkat dan dukung anak saya," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik potong barisan di kenduri, wanita tengah dukung anak tahan sabar disuruh senduk nasi... Rupanya ada plot twist - “Patutnya dia tolong aku” ARTIKEL BERKAITAN: Mak berpurdah sibuk pilih baju, buat tak nampak anak sendiri buli bayi 8 bulan! Mula-mula dia lepuk, kemudian nak gigit kaki Bercerita lanjut, katanya, keadaan yang berlaku secara tiba-tiba itu membuatkan dia dan suami terkedu. "Kemudian suami saya terus ambil anak kami daripada pelayan tu," ujarnya yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan anak mereka. Kita sebagai ibu bapa kena bertegas... orang nak tarik muka ke terpulang pada mereka. WARGA MAYA Tambah pengadu, insiden tersebut bukan pertama kali berlaku kerana ia pernah terjadi di premis makanan lain sebelum ini. "Sebenarnya bukan pertama kali, kat kedai makan mana-mana pun sama. Anak saya tersangatlah mudah mesra dengan orang, suka sengeh-sengeh dan tak takut orang langsung. "Macam mana nak buat supaya anak saya takut dengan orang asing ye? Orang sekarang memang tak ada common sense," luahnya. Seorang bapa cuba mengawal pergerakan anak-anak. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, nampaknya rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman mengenai anak mereka turut disentuh oleh orang asing. Lebih memburukkan keadaan, individu yang tidak dikenali atau tiada pertalian persaudaraan itu bukannya sahaja berani mengangkat anak orang lain, malah mencium si kecil di hadapan ibu bapa mereka. "Bukan sombong tapi kita tak tahu zaman sekarang ni macam-macam orang. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. "Anak kecil tak tahu apa-apa. Strangers yang kena ada common sense. Mak ayah pun kena overprotective juga, risau anak kena bawa lari. "Kita sebagai ibu bapa kena bertegas. Orang nak tarik muka ke terpulang pada mereka. Mereka tak ada hak pun. Kita berhak sepenuhnya," demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube