MEMPUNYAI adik-beradik yang ramai dianggap menyeronokkan bagi segelintir individu, kerana pastinya rumah sentiasa meriah dengan gurau senda dan gelak ketawa masing-masing. Namun, bukan semua gembira dengan situasi itu terutamanya mereka yang dibesarkan dalam keluarga berpendapatan rendah. Begitulah kehidupan yang dilalui seorang gadis yang tidak dapat menerima hakikat tentang ibunya kini hamil anak ketujuh. Ibu bapa perlu bijak dalam merancang keluarga. -Gambar hiasan "Adik beradik aku ada enam termasuk aku, empat perempuan, dua lelaki. Kami tinggal di rumah sewa ada dua bilik, satu tandas dan mempunyai sebuah kereta. "Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak tahu kenapa aku rasa tak boleh terima yang ibu aku mengandung lagi. Minta maaf," luahnya menerusi satu hantaran di media sosial. Bercerita lanjut, anak sulung berusia 17 tahun itu memberitahu, ibu bapanya bekerja dengan gaji kedua-duanya berjumlah RM4,000. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki 6 beranak, seluruh rumah diubah suai selepas ahli perniagaan pijak ‘lantai lembut’ ketika buat lawatan - “Saya yakin dia nampak sesuatu dalam keluarga ini” ARTIKEL BERKAITAN: Setiap anak mahu privasi, tuntut disediakan bilik sendiri... Individu saran mak ayah tak payah tambah zuriat jika rumah kecil "Aku tak pernah nampak abah aku solat setiap hari dan solat Jumaat, hanya ibu dan adik nombor dua sahaja yang rajin solat. "Abah aku seorang yang panas baran, marah terus baling barang, tendang pintu, tengking kalau makanan lambat. "Kalau mengamuk mesti maki dan ungkit pasal duit yang dia bagi. Memasak, kemas rumah, kerja aku dan dapur jadi tempat aku belajar dan tidur," ujarnya. Semoga adik mampu bersabar, habiskan SPM dan terus sukses ke depan NETIZEN Gadis itu turut mengakui berasa tidak selesa berada dalam bilik yang terpaksa dikongsi dengan adik-adiknya. "Aku cemburu kawan-kawan, semua ada bilik sendiri. Hari-hari aku cari rumah sewa baharu yang ada empat bilik dan sewa bawah RM700 tapi tiada. "Aku berangan nak duduk rumah kayu yang cukup empat bilik, nak beli tanah buat rumah kayu tapi aku tahu bukan senang dan ambil masa yang lama," luahnya lagi. Antara komen netizen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis berkenaan. Pada masa sama, ramai yang menasihatinya supaya melakukan yang terbaik dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengubah nasib keluarga. "Saya doakan adik dapat keputusan cemerlang dan boleh melanjutkan pengajian, semoga hajat adik tercapai. "Kasihan adik, dulu kawan saya macam awak lepas SPM sambung belajar, kerja dan sekarang dah kahwin, asbab kesusahan hidup macam ni dia motivasikan diri untuk lebih maju ke depan "Dia tak abaikan keluarga cuma anggap itu sebahagian daripada proses hidup. Semoga adik mampu bersabar, habiskan SPM dan terus sukses ke depan," kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube