suria

Wanita makan hati kahwin duda, janda suami pengaruhi anak... Dilabel mak tiri jahat, mentua asyik cari salah

Wanita bersuamikan pekerja di pelantar minyak. -Gambar hiasan

BAGAIKAN lumrah dalam perceraian, anak-anak akan menjadi mangsa apabila ibu bapa saling berebut hak penjagaan.

Jika tidak berebut sekali pun, perasaan curiga pastinya timbul lebih-lebih lagi selepas bekas pasangan berkahwin lain.

Begitulah situasi yang dialami seorang wanita apabila mendirikan rumah tangga dengan duda anak satu.

Kemunculan orang baharu dalam keluarga menyebabkan hubungan anak terdahulu dengan bapa menjadi renggang. - Gambar hiasan

Anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak terhingga. -Gambar hiasan

"Saya kahwin dengan duda anak satu. Janda suami saya kahwin setahun lebih awal daripada kami. Ditakdirkan lepas tiga bulan nikah, saya hamil.

"Segalanya okay tetapi apabila belah sana (janda) baru hamil, anak tiri saya asyik ulang neneknya tidak benarkan dia datang ke rumah. Malah ibunya juga pesan jangan ambil dia bila cuti sekolah," kongsinya di media sosial.

Menurut wanita itu, suaminya enggan mengeruhkan keadaan dan cukup memahami situasi keluarga bekas isteri dengan membiarkan sahaja perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu berubah sikap lepas kahwin baru, terlebih sayang anak-anak tiri... Langsung tak kisah zuriat sendiri kena ikat perut tahan lapar

ARTIKEL BERKAITAN: Garang tapi ‘sweet’! Isteri terharu suami sayang anak tiri seperti zuriat sendiri, utamakan didikan agama

Pada masa sama, suaminya masih cuba mengekalkan hubungan baik dengan anak kandungnya dengan berulang-alik dari Selangor ke Terengganu sebulan sekali.

"Bila dah jumpa, dia cakap anak saya dan bapanya bukan adik dia. Adik dia kat rumah maknya. Dia juga sebut banyak kali nama adiknya bin bapa tiri, bapanya hanya gelak.

"Walaupun terkejut,tetapi kami tak marah. Lagipun dia masih tinggal dengan ibu kandung dan bapa tiri," ujarnya.

Jelas wanita itu, antara sebab hubungan anak tirinya dan suami tidak rapat disebabkan mereka tinggal berjauhan dan jarang berjumpa, apatah lagi bapa kandungnya bertugas di pelantar minyak.

Janganlah buruk-burukkan mak atau ayah anak kita bila berlaku perceraian.

IBU TIRI

Namun, dia berasa kurang senang apabila keluarga bekas isteri suaminya menggelarkannya sebagai pelbagai gelaran yang tidak baik seperti 'ibu tiri yang tidak baik dan suka mengatur hidup anak'.

Tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, dia cuba bersemuka dengan keluarga berkenaan.

"Mereka ingat kita jenis diam. Bila kita minta jumpa, cakap depan muka apa tak puas hati semua, mak dan makciknya tak keluar rumah.

"Impaknya memang besar, anak tiri tak nak duduk dengan kami sebab mak dia cakap tak akan jumpa ibunya lagi sekiranya si anak tinggal bersama kami," luahnya.

Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa mereka tidak pernah memburukan bekas isteri suaminya itu di hadapan anaknya.

Kerja pelantar minyak memerlukan ketahanan fizikal dan mental. - Gambar hiasan

Kerja pelantar minyak memerlukan ketahanan fizikal dan mental. -Gambar hiasan

"Kita bagi duit belanja berapa kita mampu setiap bulan. Walaupun kami meminjam kerana dia dalam tanggungjwab suami.

"Janganlah buruk-burukkan mak atau ayah anak kita bila berlaku perceraian," katanya.

Wanita itu juga mengakui berasa kecewa dengan keluarga mentua pernah menuduhnya cuba menjauhkan suami dengan anak tirinya itu.

"Yang sana pula kuat main sentimen jiwa anak. Kita yang pilih untuk kahwin dengan duda anak satu, jadi kena bersedia dan positif.

"Gaduh boleh je, tapi jangan la gaduh sampai libatkan anak. Menjawab sikit terus kena cop 'ha tengok mak tiri memang jahat! Nak ke duduk dengan mak tiri?' Kita mengalah demi anak membesar," katanya.

Walau bagaimanapun, dia berharap pengalaman yang dikongsikannya itu dapat membuka mata masyarakay yang sering melemparkan tuduhan tidak berasas bahawa semua ibu tiri adalah jahat.

"Begitulah pengalaman saya sebagai ibu tiri. Ini semua jalan yang kita kena lalui, yang Allah dah tetapkan.

"Jangan jadikan anak boneka begitu. Dah bercerai, sudahlah. Jangan triggered pihak satu lagi. Kasihan anak-anak," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain