suria

Ibu cemburu mak mentua dilayan baik, merajuk anak balik kampung suami... Rupanya sebab besan B40 tak setaraf

Wanita tak tahan dengan sikap ibunya. -Gambar hiasan

KITA sering kali mendengar tentang kisah mentua tidak berpuas hati dengan menantu atau menantu membenci mentuanya.

Namun lain pula situasi yang dilalui seorang wanita ini apabila ibunya cemburu dan sentiasa tidak berpuas hati dengan ibu mentuanya.

Berkongsi kisah dirinya di laman sosial, wanita itu bersama suami dan anak-anak mula tinggal bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia.

Menjaga ibu terlantar menjadi tanggungjawab anak. - Gambar hiasan

Menjadi tanggungjawab anak untuk menjaga ibu. -Gambar hiasan

"Biasa sebulan sekali atau dua kali suami akan ajak balik rumah mentua. Biasa balik kejap je, jarang bermalam tapi sifat mak buat saya tekanan.

"Dia tak boleh kalau suami bawa mak dia berjalan atau pergi makan-makan. Kalau kami balik lama sikit, lebih dari tiga atau empat jam, mak dah mengelupur," katanya menerusi satu hantaran.

Keadaan itu membuatkan dirinya berasa bersalah hingga suaminya terpaksa menganaktirikan ibunya sendiri berbanding dengan mentua.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua gelabah elaun kena potong! Menantu beri pengajaran sebab mulut ‘laser’, selama ini sangka anak lelaki kesayangan gaji besar

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu merajuk anak enggan balik kampung, sayang tinggalkan kerjaya stabil! Tak jawab telefon, cuma mesej minta duit

"Saya selalu ingatkan mak, kenapa rasa terancam? Sedangkan mak ada semua yang mentua tiada. Baju baharu hari-hari beli, duit, rumah, harta, semua ada.

"Selalu juga ingatkan mak yang suami saya selalu dahulukan dia. Hari-hari belikan sarapan kegemaran tapi mentua saya di kampung keseorangan, tiada sesiapa, sakit, demam semua sendiri," luahnya.

Sebagai menantu, katanya, dia sedaya upaya membahagiakan ibu mentuanya, tapi pada masa yang sama layanan itu dicemburui ibunya.

Doakan saya dan suami dapat keluar dari kemelut ini.

ANAK

"Jika ada cuti, kena tanya mak saya dulu. Nak pergi mana-mana tak? Kalau tiada, baru kami boleh rancang cuti kami sendiri.

"Kadang teringin nak cuti dengan suami dan anak-anak saja. Tapi kalau cuti tanpa mak, balik dari cuti sampai je mak akan cari gaduh," katanya.

Selepas diselidik, katanya, ibunya tidak menyukai ibu mentuanya hanya kerana wanita itu hidup miskin.

Wang ringgit bukan menjamin kebahagian. - Gambar hiasan

Wang ringgit bukan menjamin kebahagiaan. -Gambar hiasan

"Dia tak suka kalau suami berbelanja untuk mak dia. Biasanya mak saya akan tanya cucu (anak saya) bila kami sampai rumah dari kampung. 'Papa bawa tok pi mana, beli apa'.

"Saya dengan mak 24 jam bersama, cuma sesekali balik ke rumah mentua, bawa dia jalan-jalan, beli barang dapur. Mentua saya berusia 84 tahun, saya selalu terfikir siapa uruskan dia beli barang dapur, memasak jika dia tak sihat," katanya.

Tambahnya lagi, walaupun suaminya mempunyai seorang adik perempuan tetapi sudah menjadi tanggungjawab sebagai anak sulung menjaga ibu.

"Adik dah kahwin dan jaga mentua sakit. Jadi tanggungjawab suami saya untuk jaga maknya. Doakan saya dan suami dapat keluar dari kemelut ini.

"Semoga suami dapat beli atau sewa rumah lain dalam masa terdekat dan boleh bawa mak dia tinggal sekali dengan kami," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain