NAMPAK saja cantik, bergaya dan berkerjaya, namun belum tentu elok dan pembersih dari segala segi. Benarlah orang kata, jangan hanya pandang luar saja tapi sebenarnya di luar jangkaan. Melalui satu hantaran di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa kesal tinggal sebumbung dengan rakan serumahnya yang dikatakan pengotor. Keadaan rumah yang berserabut boleh menyebabkan rasa rimas. -Gambar hiasan Siapa sangka rakannya itu seorang yang berkerjaya, malah bertugas di sebuah institusi perbankan yang berprestij tetapi mempunyai sikap yang menjijikkan. "Aku tertanya-tanya, kerja bank ni memang pekerjaan paling penat ke dalam dunia? Aku ada kawan serumah yang sangat pengotor, dia kerja bank. Setiap kali waktu cuti, dia mesti banyak terbaring dan jadi pemalas. "Tiada inisiatif langsung nak kemas rumah. Tak kisah la cuti hujung minggu atau cuti umum, dia cuma berkubu di dalam bilik hampir 24 jam setiap hari. Apa yang dia buat hanyalah tidur, bangun, makan, tengok Netflix dan ulang semula. ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha homestay merungut tetamunya dari Arab semua pengotor, bikin huru hara... Penyewa dari China jauh lebih baik! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kritik kaum sendiri ‘cantik tapi pengotor’! Kotorkan tandas, ruang dalam masjid... Telekung wakaf penuh kesan bedak "Saya cuba memahami tabiat kawan saya yang sangat tak produktif ni. Adakah kerja di pejabat terlalu berat, sampai dia langsung tak bermaya untuk buat aktiviti lain seperti mengemas rumah," soal wanita itu. Bercerita lanjut, wanita berkenaan berpendapat bahawa kebersihan seseorang itu berkait rapat dengan pengurusan masa yang efisien. "Saya rasa tak kisah kerja apa pun, asalkan memang perangai pembersih. Tiada masalah sebenarnya untuk cari masa walau sibuk macam mana sekalipun. Kebersihan yang terjaga ni untuk diri kita juga sebenarnya, hati akan tenang dan jiwa pun lapang. WARGA MAYA "Tapi kalau sejak azalinya pengotor, sebanyak mana waktu pun ada, mesti akan rasa suntuk je nak bersihkan rumah. Semuanya berbalik kepada perangai masing-masing. "Macam saya sendiri, kerja saya tak menentu. Ada banyak syif, dari malam sampai siang, tapi saya masih boleh menjaga kebersihan sebab itu memang diri saya," katanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpandangan bahawa seseorang itu tidak seharusnya memberi pelbagai alasan dan berkompromi dalam hal kebersihan. Antara komen dan pandangan warga maya. "Nak bersihkan rumah ni tak perlukan masa yang banyak pun, satu jam dah boleh selesai. Sehari ada 24 jam, masih berbaki 23 jam untuk kita buat apa benda yang kita suka. "Kebersihan yang terjaga ni untuk diri kita juga sebenarnya, hati akan tenang dan jiwa pun lapang, barulah hidup lebih ceria. Kalau tidak, mulalah satu-persatu masalah mental datang," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube